11 Aplikasi Android Penting yang Mesti Ada

Teks : Azlina Zabha
Imej : 10 Must Have Android Apps

Apa benda yang selalu sangat ada dalam beg tangan awak? Tak terjangkau akalmu sebab lebih daripada memerlukan. Kadang-kadang sengaja masukkan dalam beg supaya bila memerlukan, tiadalah terkapai-kapai, berlari ke sana ke mari mencari.

          Itu beg tangan. Jika telefon pintar, apa jenis aplikasi yang mesti ada di dalam telefon pintar awak? Cuba senaraikan di ruangan komen.

           Jika saya, saya lebih gembira jika 11 Aplikasi  Android ini ada di dalam telefon pintar saya.

1. Waktu Solat Malaysia
2. iQuran
3. Huawei Wear
4. Google Fit
5. Maybank2u
6. Whatsapp Business
7. Facebook
8. Instagram
9. Google Keep
10. Nando’s App
11. Sushi King Apps

Ada 11 Aplikasi Android ini pun sudah cukup.

Awak semua macam mana pula? Jom kongsi.

Kelebihan WhatsApp Business

Teks : Azlina Zabha
Imej : Azlina Zabha (Screenshot)

Ramai usahawan yang menjadikan WhatsApp Business (Android Application) sebagai aplikasi utama mereka untuk berhubung dengan pembeli atau klien mereka.
                 Tahukah kamu bahawa Whatsapp Business juga merupakan aplikasi pengganti WhatsApp yang lebih mudah diurus dan pemudah cara dalam berhubung dengan sesiapa sahaja. Ini bermaksud ia bukan sahaja sesuai untuk para usahawan hebat, tetapi ia juga boleh digunakan oleh kita walau kita bukan ahli perniagaan. 
                 Antara kelebihan WhatsApp Business ini, kita boleh jadikan nota panjang atau mana-mana post oleh rakan atau diri kita sendiri sebagai “Quick reply” dengan hanya meletakkan ” /maybank akaun “ dan enter, secara automatik ia akan memaparkan balasan seperti ini:-
151463******
Maybank
Azlina Binti Zabha

Ini hanya contoh sahaja, boleh lihat gambar seperti di bawah. 
                Bukan Quick Reply sahaja ada, malah Away Message dan Greeting Message pun ada tuan-tuan dan puan-puan. 
Cara Restore Backup WhatsApp ke WhatsApp Business
1. Setting Whatsapp > Chats > Chats Backup > pastikan letak alamat email
2. Install WhatsApp Business > Restore Backup (pilih email yang kita pilih untuk buat backup WhatsApp tadi). 
3. Sekarang dah boleh guna WhatsApp Business dengan gembiranya. 

Resepi Roti Lilit Sedap untuk Perkhemahan

Teks : Azlina Zabha
Imej : Azlina Zabha

Adunan ini untuk lima kumpulan kecil. Kita boleh beri tugasan kepada empat orang individu untuk mengadun dan menguli bahan-bahan membuat roti lilit sedap dari setiap kumpulan. Ahli kumpulan lain bolehlah mengusahakan untuk menghidupkan api dan menjadikan ia bara menggunakan cara tradisional (perlukan papan telur sebagai starter untuk menghidupkan api).

Langkah keselamatan dan kebersihan 
Pastikan anak-anak murid membasuh dan membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum memulakan tugasan mengadun dan menguli tepung. Pastikan kuantiti Guru-guru yang membimbing cukup untuk memerhatikan murid mengawal api tradisional dan membimbing murid menghidupkan api dan melakukan tugasan lain. Tunjukkan murid demo sebelum dan semasa melakukan setiap tugasan.

Alatan
5 bekas plastik besar berpenutup
10 pasang chopstick
10 sudu plastik
75 batang lidi untuk setiap kumpulan

Bahan-bahan
2 paket tepung gandum
5 sudu garam
5 sudu gula castor
5 sudu besar minyak masak
1 jag air yang sudah ditapis (boleh guna air coway)

Cara-cara Membuat Roti Lilit Sedap Perkhemahan
1. Bahagikan semua alatan kepada lima kumpulan kecil.
2. Tuangkan dua paket tepung sama rata ke dalam lima bekas plastik.
3. Kosongkan bahagian tengah tepung untuk setiap bekas plastik. Kemudian tuangkan air satu cawan.
4. Tambahkan satu sudu besar minyak masak bagi setiap bekas plastik.
5. Setiap bekas boleh diletakkan satu sudu garam dan satu sudu gula.
6. Gaulkan hingga rata menggunakan chopstick & sudu plastik.
7. Bila sudah sebati, uli guna tangan salah seorang ahli kumpulan. Jadikan bentuk doh seperti satu bola besar. Uli beberapa ketika.
8. Buat 15 doh berbentuk bulat-bulat kecil untuk setiap adunan dalam setiap kumpulan. Uli dan biarkan seketika (rehatkannya dalam 5 minit)
9. Setelah 5 minit telah berlalu, bentukkan 15 doh tersebut menjadi bentuk rod (arahan mudah:minta murid bentukkan menjadi seperti ular kecil). Rehatkan seketika rod tersebut selama 3 minit. Pastikan rod yang dibuat nipis supaya cepat masak apabila dibakar nanti.
10. Lilit 15 rod adunan tersebut pada 15 batang lidi yang telah diberi kepada setiap kumpulan.
11. Sedia untuk dibakar. Pastikan dibalik-balikkan supaya tidak hangus. Cara bakar adalah seperti cara bakar sate. Tidak perlu terlampau kerap mengipas. Cukup hanya bakar di atas bara api agar tidak mudah hangit.

Eucerin Pro Acne Review

Teks : Azlina Zabha
Gambar : http://www.eucerin.com.my


Sepanjang tahun 2018 yang lalu, kulit muka saya breakout yang tahap tak pernahnya tiada jerawat pada setiap hari. Setiap kali baik satu jerawat, satu lagi jerawat lain akan mula tumbuh.

           Ada di kiri dan kanan pipi, ada juga di bawah bahagian bawah bibir, dan kadang-kadang hidung. Jadi saya buat keputusan untuk berpisah terus dengan skincare yang saya setia dengannya hampir 19 tahun. Jodoh dengan skincare yang lama mungkin setakat 19 tahun sahaja. Sudah tersurat di Loh Mahfuz.

            Oleh itu, perkenalkan skincare baru saya. Namanya Eucerin Pro Acne. Saya nekad pilih Eucerin sebab ada promoter yang pakai baju putih betul-betul pakar dengan produk Eucerin menerangkan tentang betapa bagusnya produk Eucerin. Mula-mula saya ingat saya pilih C******, tetapi sebelum saya burn kan duit saya pada skincare yang belum tentu sesuai dengan kulit muka saya, terus saya tanya adik Guardian’s Jusco Ayer Keroh, sama ada C******* ni sesuai tak dengan kulit muka yang berminyak dan berjerawat, dia buat raut wajah yang beri signal langsung tak sesuai. Dia syorkan Eucerin sambil tunjuk pada kakak cun promoter Eucerin.

            Apa yang boleh saya beri penerangan secara ringkas, Eucerin tiada Paraben, tiada alkohol, not a high risk product to try on. Tiga perkara ni buat saya benar-benar nekad untuk terus pakai Eucerin. Cukup tiga perkara. Padahal sebelum ni saya langsung tak pernah terfikir saya akan guna Eucerin. Seriously.

             Antara produk Eucerin yang saya beli tempoh hari ialah Cleanser PRO Acne, Toner Pro Acne, Pro Acne Solution (Krim Muka), Makeup Remover Eucerin (tidak memedihkan mata kecuali jika tuan puan sengaja masukkan dalam mata), Scrub Pro Acne. Buat masa ni, ni sahaja saya nekad beli. Semuanya memang keperluan, bukan kehendak.

               Semoga saya boleh setia dengan produk Eucerin dan semoga Eucerin paling bagus untuk saya. Amiin Ya Robb.

ikoko : Buanglah yang keruh, ambil yang jernih. 

40 carian kata

Teks: Azlina Binti Zabha

Berikut merupakan 40 carian kata Google yang membawa ke blog saya. 40 carian kata ini adalah yang berkaitan dengan Ulasan yang saya pernah lakukan di blog ini.

1. idea kemas dapur
2. karipap kings station
3. kesan rejoice hair fall
4. kesan rejoice
5. kemas dapur
6. set bersalin anugerah
7. doa supaya anak minum susu botol
8. apa beza statement balance and outstanding balance
9. baby tak nak susu botol
10. cara galakkan bayi minum dalam botol
11. apakah maksud statement balance dalam kad kredit
12. contoh nak buat koronologi kunci hilang
13. head n shoulders rambut gugur

40. (nanti saya akan update hingga ke nombor 40)

Punca Muka Naik Jerawat

Teks : Azlina Zabha
Imej :

Ada banyak punca kenapa jerawat boleh tiba-tiba naik dengan sangat banyak di muka kita. Saya senaraikan beberapa punca yang boleh menyebabkan jerawat di muka.

  1. Hormon. 
  2. Allergik pada sesetengah makanan (kekacang, makanan laut, makanan manis) 
  3. Persekitaran yang kurang bersih. 
  4. Suka sentuh muka menggunakan jari tanpa lapik tisu. Jari kita paling banyak bakteria sebenarnya. Sebelum menyentuh muka, pastikan tangan sudah dibasuh terlebih dahulu. Alahai, elakkan teruslah sentuh kulit muka tu. Tengok di cermin sahajalah. 
  5. Tidak mengamalkan penggunaan tuala khas untuk muka sahaja. Main sapu muka guna tuala yang juga digunakan untuk lap badan, kaki, dan sebagainya. 
  6. Kandungan pada set penjagaan kulit kita mungkin tidak sesuai dengan kulit muka kita. 
  7. Kulit muka tidak dapat bernafas dengan baik.
  8. Tidak menukar bantal tidur setelah 5 tahun penggunaan. Bakteria beranak-pinak dalam bantal kesayangan lalu bakteria tu pun berjalan-jalan atas muka korang sambil shopping sakan. 🙈🙈🙈 Aiyokk tatayokk!
  9. Kulit muka sudah imun dengan set penjagaan kulit muka yang korang dah pakai sampai 19 tahun. Woww! Apa lagi, cari skincare lain pula, okey? Kadang-kadang kita tak perasan, tapi orang lain yang perasan tentang perubahan pada kulit muka kita.
  10. Tekanan. Bukan tekan tubi tau. Takyah stress lah. Buat sesuatu tu, ikut kemampuan kita. Chill sahaja. Fikir positif je, okey. Allah mesti mudahkan setiap jalan yang dia beri pada kita. So, smile always, okey? 
  11. Kurang tidur. Pastikan setiap hari kita cukup tidur. Berapa jam? 4 hingga 6 jam pun dah cukup. Jika 12 jam tidur tu, nanti pendek umur lak. 🤣🤣🤣 Acah je. 
Me : Muka saya sedang breakout sejak awal tahun 2018, jadi masuk tahun 2019 ni, saya nak free kan muka saya daripada sebarang skincare dan foundation atau loose powder ke, compact powder ke. So no for me for these 2 weeks. Saya sedang berfikir cara terbaik untuk rawat muka saya. Saya hanya pakai eyeliner, maskara dan juga lipstick sahaja sekarang. Bebaskan muka sekejap. 

ANASism ada di SASA

Teks : Azlina Zabha
Imej : Screenshot Instagram @sasamalaysia

NAK TAU TAK ANAS ANTARA PRODUK YANG 
ADA DI SASA



Uolls tolonglah percaya, @anasism memang betul-betul ada dijual di @sasamalaysia

              Warna-warna liquid lipstick yang lengkap dengan code brownish, nude colour, pink to red colour, dan dark red colour pun ada ala-ala vampire gittewww. Bleh la pakai tudung penuh ros merah lepas tu. Baru ngammm. (kot2 buat bachelor party macam tu kan)

               Nanti, bila korang dah feel sendiri pi SASA dan pakai produk2 @anasism @anaszahrin  mesti korang akan rasa must have all the colours tau. Why not, reward yourself kan. Berhempas pulas kerja sampai terpulas2. At least 1 bulan, 1 benda korang beli untuk jadikan pemangkin kerja lebih keras dan tekun.

               Bila dah reward diri sendiri, nanti korang baru rasa puas. Alang-alang nak beli lipstick yang bukan hari-hari beli, belilah yang berkualiti tinggi, betul tak?

               Mana-mana colour yang korang nakkk sangat-sangat tapi jika warna tu dah habis kat @sasamalaysia, korang boleh contact @azlinazabha atau mana-mana @teamstarsanas #teamstarsANAS @ailyqairy @ailyqairyofficial untuk dapatkan warna tu. In Shaa Allah kitorang boleh consult korang dengan berhemah tingginya. ❤️❤️❤️

#teamstarsANAS #teamstarsANASbest #ANAS #anasism #anaszahrin #anascosmetics #makeupbest #liquidlipsticksenangpakai  #liquidlisptickANAS

Me : @ dalam entri kali ni menandakan ig / akaun instagram. Maaf sebab ejaan ke laut kali ni. Sila abaikan kejap tatabahasa untuk entri kali ni. 🙈🙈🙈