Berbaloikah Skincare L’Oreal & Essano?

Teks: Azlina Zabha

Imej : Watsons Malaysia, Gurdian Malaysia, eBay, Essano Singapore

Skincare yang sesuai dengan kulit muka kita memang sangat susah untuk dicari, betul tak? Ini adalah kali kedua saya menggunakan produk L’Oreal. Sebelum ini, saya memang setia dengan produk L’Oreal, sejak saya belajar di UiTM lagi, iaitu pada tahun 2002.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2018, saya diuji dengan muka yang break-out sangat teruk. Jadi, saya berhenti pakai produk L’Oreal dan dalam masa yang sama saya berhenti semua makanan tambahan (suppliment). Lama juga saya mencari mana yang sesuai dengan kulit muka saya.

Akhirnya, saya buat keputusan untuk solat istikharah, dan minta Allah tunjukkan betul-betul mana skincare yang berbaloi untuk saya pakai untuk tahun 2020. Tak tahan muka teruk sangat. Allah dekatkan hati saya untuk pakai produk L’Oreal semula. Saya anggap, muka saya yang break-out ini adalah disebabkan hormon.

Kulit muka saya break-out, bukan sebab ANAS Cosmetics. Kulit muka saya break-out sudah lama sejak saya belum pun mula pakai ANAS Cosmetics. Jadi, tak perlu buat andaian saya heavy makeup ke apa, ya! Saya jarang buat full makeup. Setiap kali saya makeup, saya memang akan pastikan saya buat double cleansing. So, it is clear, right?

Sebelum saya teruskan lagi, saya juga ingin membuat penafian bahawa, segala skincare yang saya ulas ini, mungkin sesuai dengan kulit muka saya, mungkin juga tidak sesuai dengan kulit muka orang lain, jadi kena try an error untuk tahu sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan muka kita, ok?

(Oleh Azlina Zabha)

Baiklah, saya teruskan. Setakat ini, sudah masuk dua minggu saya gunakan produk L’Oreal dan Essano ini. Sebelum saya membuat keputusan yang berani mati ini, saya pergi buat skin analysis dengan AEON Wellness Jusco Bandaraya Melaka (murah sahaja, dapat 50% potongan RM2.40 sahaja kalau tidak silap) dan juga skin analysis oleh Mary Kay Beauty Consultant, Nor Nadiah.

Setelah itu, baru saya tahu bahawa kulit muka saya ini sebenarnya jenis apa. Selama-lama ini bermati-matian saya ingat kulit muka saya jenis berminyak. Menurut AEON Wellness, kulit muka saya jenis Normal tetapi dehydrate.

Walaubagaimanapun, hasil analisis kulit muka yang dibuat oleh Nor Nadiah, Mary Kay Beauty Consultant, mengatakan bahawa kulit muka saya jenis Combination. Kulit muka saya hanya berminyak di kawasan T-Zone iaitu dahi dan juga hidung. Terima kasih Nor Nadiah, sebab beri saya percuma skin analysis. 🙂

Oleh itu, saya buat keputusan untuk perbanyakkan minum air kosong dan fokus kepada cari produk untuk kulit muka dehidrasi. Alhamdulillah, masuk minggu kedua, jerawat di muka saya tidak terlampau teruk dan bintik-bintik hitam sudah pudar. Blackhead boleh dikatakan langsung tiada. Seronok betul hati saya.

Berikut ialah senarai produk terkini yang saya gunakan:-

  1. L’Oreal Cleansing Milky Foam (Whitening) 100ml
  2. L’Oreal Scrub (Whitening) 100ml
  3. L’Oreal Toner (Whitening) 100ml
  4. Essano Superfood Turmeric Mask
  5. L’Oreal Essence Micro (botol kecil)
  6. Essano Superfood Turmeric Serum
  7. L’Oreal Hydra Fresh Anti-OX Grape Seed in Jelly Mask 50ml
  8. L’Oreal Hydra Fresh Anti-OX Night Mask in Jelly 50ml

Untuk pengetahuan semua, saya ada buat video untuk keberkesanan semua produk ini. Selepas sebulan nanti, saya akan gabungkan video sebelum dan selepas saya gunakannya. Can’t wait that moment! Jika saya sempat, saya akan beri liputan, okey? Saya harap semua ini sesuai sangat dengan kulit muka saya. Saya bukan lagi muda-mudi yang masih lagi berjinak-jinak dan mencari-cari skincare terbaik. Permulaan untuk menggunakan semula produk L’Oreal bukan satu keputusan yang mudah. How much did I invest for all this item? Let me think. Lebih kurang RM400 juga. Ya, Allah. Moga ini yang terbaik. Moga pencarian skincare terbaik untuk saya berakhir di sini.

Ina : Sambil-sambil saya buat solat istikharah, saya memang buat solat hajat juga agar kulit muka saya benar-benar sembuh. Amiiin. Korang yang baca ni, kena doakan saya tau! Risau juga, RM400 bukan sikit-sikit duit. I hope this is a good investment and final decision for the best skincare routine for me. Tiada masa untuk buang duit banyak kali, cari lagi dan lagi. Sekarang zaman berjimat cermat. Betul, kan? Jadi, usaha dah buat, sekarang tawakkal.

Julie & Julia, Mastering the Art of French Cooking

Teks : Azlina Zabha

Imej : https://raptistrarebooks.com , https://vocal.media

MASTERING THE ART OF FRENCH COOKING
Julie & Julia

Pertemuan dua zaman yang berbeza dalam sebuah filem yang ringkas. Filem Julie & Julia mengisahkan wanita yang sangat jatuh cinta dengan masakan Perancis.

How can I describe it, you need to watch it and feel it. Apa yang saya dapat melalui filem ini, bila kita sudah mulakan sesuatu, habiskan. Do it by your own way.

Blogging something that you like and love it so much. Yeah, I am. Exactly! Misi Julie dalam dunia blogging yang baru diceburinya pula, dia perlu habiskan memasak beratus resepi dalam tempoh waktu yang dia tetapkan sendiri. Dia letak deadline sendiri untuk diri dia sendiri.

Julie juga bukan seorang yang cepat putus asa. Bila buat sesuatu resepi dan dia juga pernah gagal dalam buat sesetengah menu masakan. Pembabitan awalnya dalam dunia blogging, tidak mendapat apa-apa komen langsung, tapi dia buat sesuatu sehingga ada yang ingin membuat temuramah dengannya sehingga masuk surat khabar, artikel mengenainya.

Julia pula seorang yang sangat positif dalam hidupnya, selalu tertawa. Julia menikmati setiap saat dalam hidupnya. Beliau berjaya menerbitkan sebuah buku masakan. Mastering the Art of French Cooking.

Saya sampai terbawa-bawa ingin mendapatkan buku resepi tersebut. Bila saya tengok filem, saya akan menjiwainya betul-betul. Anyway, I love this movie.

Fikir dan Tulis Cita-cita

Teks : Azlina Zabha

Gambar : Blog Peti Masa

Fikir dan tulis cita-cita. Apa cita-cita kita? Sekarang cita-cita kita sama atau tidak dengan cita-cita zaman kanak-kanak? Kita ada tulis dan berkali-kali tulis cita-cita tersebut hari-hari?

Apa kata mulai hari ini, kita tulis cita-cita kita hari-hari. Tulis dalam planner, diari, google calendar atau personal blog. Apa di hati kita lebih senang terlahir pada tulisan kita. Cakap itu suatu doa. Tulis atau taip pun suatu doa.

Sebenarnya cita-cita bukan sahaja impian untuk pekerjaan yang kita inginkan. Cita-cita juga ialah kehendak. Sebesar-besar mana cita-cita kita, sekecil-kecil mana cita-cita kita, jauh di sudut hati kita, kita memang mahukan sangat ia tercapai, betul tak?

Jadi sekarang, apa cita-cita kita? Mungkin hari ini cita-cita kita untuk dapatkan lamb chop with perfect brown sauce untuk keluarga kita. Jadi, tulislah hari-hari di mana-mana yang kita suka, keinginan kita.

Tulis dahulu. Taip dahulu impian kita. Bila sudah dapat, jangan lupa bersyukur pada Allah. Allah yang makbulkan doa kita.

Me : Berat badan saya 48kg (berat ideal) pada Disember 2020. Ada homestay yang laku keras pada Mei 2021 sehingga boleh bayar bulanan sewa beli homestay tersebut. Terima kasih Allah.

Resipi Spaghetti Bolognese Paling Sedap

Teks : Azlina Zabha

Gambar : Delish (pinterest), https://bbcgoodfood.com

Bahan-bahan

Spaghetti San Remo – 1 pack

Ayam / Daging kisar (Ramly) – 400gm

Minyak masak – 1 cawan kecil

Mentega Buttercup – suku atau 1/4

Bawang besar – 2 biji (hiris halus)

Tomato – 4 biji (dipotong)

Prego Traditional Sauce – 300gm (tin)

Cendawan butang – 1 tin (hiris halus)

Lada Benggala / Capsicum – 1 biji (hiris halus)

Cheese – 5 keping (Emborg)

Lada kisar – 5 sudu

Oregano (serbuk/kisar kasar) – agak-agak

Gula – sesedap rasa

Garam – sesedap rasa

Cara-cara:-

  1. Bawang besar & tomato diumiskan dengan mentega & minyak. Tambahkan gula 5 sudu.
  2. Masukkan lada kisar.
  3. Sementara lada kisar ambil masa untuk pecah minyak, bolehlah ambil kuali leper, sangai / goreng ayam kisar/daging kisar dalam kuali leper.
  4. Bila lada kisar sudah pecah minyak, boleh masukkan capsicum/lada benggala, cendawan butang, dan sos prego.
  5. Ayam/daging kisar yang telah siap disangai, dimasukkan ke dalam sos. Gaulkan.
  6. Masukkan air ke dalam tin sos prego yang kosong dan masukkan air tersebut ke dalam sos tadi.
  7. Masukkan cheese, gaul.
  8. Letakkan oregano 5 das.
  9. Letakkan garam secukup rasa.

Idea asal : Azliza Zabha

Resipi dimurnikan oleh : Azlina Zabha

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Teks : Azlina Zabha

Imej : Azlina Zabha

Muda sebelum tua. Sihat sebelum sakit. Lapang sebelum sempit. Kaya sebelum miskin. Hidup sebelum mati.

Masa berlalu sangat pantas. Kita rasa kita punya banyak masa, tapi tak pernah sesaat pun masa yang Allah beri lebih untuk kita. Masanya tepat dan tak pernah lambat.

Masa juga tidak boleh diundur. Tiada apa yang perlu dikesalkan melainkan hadapinya dengan penuh kesabaran dan dengan jiwa yang kental. Nangislah, jika itu buatkan kita tenang.

Ingat Allah setiap saat dan waktu. Beringat-ingatlah setiap saat dan waktu.

Hi all, how are you?

Teks : Azlina Zabha

Imej : Azlina Zabha

Hai, apa khabar? Rasa happy sangat tau. Why? Aku dapat balik domain name aku setelah sekian lama menguburkannya.

So, have a good day and have a cup of coffee or you wanna hot choco?

11 Aplikasi Android Penting yang Mesti Ada

Teks : Azlina Zabha
Imej : 10 Must Have Android Apps

Apa benda yang selalu sangat ada dalam beg tangan awak? Tak terjangkau akalmu sebab lebih daripada memerlukan. Kadang-kadang sengaja masukkan dalam beg supaya bila memerlukan, tiadalah terkapai-kapai, berlari ke sana ke mari mencari.

          Itu beg tangan. Jika telefon pintar, apa jenis aplikasi yang mesti ada di dalam telefon pintar awak? Cuba senaraikan di ruangan komen.

           Jika saya, saya lebih gembira jika 11 Aplikasi  Android ini ada di dalam telefon pintar saya.

1. Waktu Solat Malaysia
2. iQuran
3. Huawei Wear
4. Google Fit
5. Maybank2u
6. Whatsapp Business
7. Facebook
8. Instagram
9. Google Keep
10. Nando’s App
11. Sushi King Apps

Ada 11 Aplikasi Android ini pun sudah cukup.

Awak semua macam mana pula? Jom kongsi.

Kelebihan WhatsApp Business

Teks : Azlina Zabha
Imej : Azlina Zabha (Screenshot)

Ramai usahawan yang menjadikan WhatsApp Business (Android Application) sebagai aplikasi utama mereka untuk berhubung dengan pembeli atau klien mereka.
                 Tahukah kamu bahawa Whatsapp Business juga merupakan aplikasi pengganti WhatsApp yang lebih mudah diurus dan pemudah cara dalam berhubung dengan sesiapa sahaja. Ini bermaksud ia bukan sahaja sesuai untuk para usahawan hebat, tetapi ia juga boleh digunakan oleh kita walau kita bukan ahli perniagaan. 
                 Antara kelebihan WhatsApp Business ini, kita boleh jadikan nota panjang atau mana-mana post oleh rakan atau diri kita sendiri sebagai “Quick reply” dengan hanya meletakkan ” /maybank akaun “ dan enter, secara automatik ia akan memaparkan balasan seperti ini:-
151463******
Maybank
Azlina Binti Zabha

Ini hanya contoh sahaja, boleh lihat gambar seperti di bawah. 
                Bukan Quick Reply sahaja ada, malah Away Message dan Greeting Message pun ada tuan-tuan dan puan-puan. 
Cara Restore Backup WhatsApp ke WhatsApp Business
1. Setting Whatsapp > Chats > Chats Backup > pastikan letak alamat email
2. Install WhatsApp Business > Restore Backup (pilih email yang kita pilih untuk buat backup WhatsApp tadi). 
3. Sekarang dah boleh guna WhatsApp Business dengan gembiranya. 

Resepi Roti Lilit Sedap untuk Perkhemahan

Teks : Azlina Zabha
Imej : Azlina Zabha

Adunan ini untuk lima kumpulan kecil. Kita boleh beri tugasan kepada empat orang individu untuk mengadun dan menguli bahan-bahan membuat roti lilit sedap dari setiap kumpulan. Ahli kumpulan lain bolehlah mengusahakan untuk menghidupkan api dan menjadikan ia bara menggunakan cara tradisional (perlukan papan telur sebagai starter untuk menghidupkan api).

Langkah keselamatan dan kebersihan 
Pastikan anak-anak murid membasuh dan membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum memulakan tugasan mengadun dan menguli tepung. Pastikan kuantiti Guru-guru yang membimbing cukup untuk memerhatikan murid mengawal api tradisional dan membimbing murid menghidupkan api dan melakukan tugasan lain. Tunjukkan murid demo sebelum dan semasa melakukan setiap tugasan.

Alatan
5 bekas plastik besar berpenutup
10 pasang chopstick
10 sudu plastik
75 batang lidi untuk setiap kumpulan

Bahan-bahan
2 paket tepung gandum
5 sudu garam
5 sudu gula castor
5 sudu besar minyak masak
1 jag air yang sudah ditapis (boleh guna air coway)

Cara-cara Membuat Roti Lilit Sedap Perkhemahan
1. Bahagikan semua alatan kepada lima kumpulan kecil.
2. Tuangkan dua paket tepung sama rata ke dalam lima bekas plastik.
3. Kosongkan bahagian tengah tepung untuk setiap bekas plastik. Kemudian tuangkan air satu cawan.
4. Tambahkan satu sudu besar minyak masak bagi setiap bekas plastik.
5. Setiap bekas boleh diletakkan satu sudu garam dan satu sudu gula.
6. Gaulkan hingga rata menggunakan chopstick & sudu plastik.
7. Bila sudah sebati, uli guna tangan salah seorang ahli kumpulan. Jadikan bentuk doh seperti satu bola besar. Uli beberapa ketika.
8. Buat 15 doh berbentuk bulat-bulat kecil untuk setiap adunan dalam setiap kumpulan. Uli dan biarkan seketika (rehatkannya dalam 5 minit)
9. Setelah 5 minit telah berlalu, bentukkan 15 doh tersebut menjadi bentuk rod (arahan mudah:minta murid bentukkan menjadi seperti ular kecil). Rehatkan seketika rod tersebut selama 3 minit. Pastikan rod yang dibuat nipis supaya cepat masak apabila dibakar nanti.
10. Lilit 15 rod adunan tersebut pada 15 batang lidi yang telah diberi kepada setiap kumpulan.
11. Sedia untuk dibakar. Pastikan dibalik-balikkan supaya tidak hangus. Cara bakar adalah seperti cara bakar sate. Tidak perlu terlampau kerap mengipas. Cukup hanya bakar di atas bara api agar tidak mudah hangit.

Eucerin Pro Acne Review

Teks : Azlina Zabha
Gambar : http://www.eucerin.com.my


Sepanjang tahun 2018 yang lalu, kulit muka saya breakout yang tahap tak pernahnya tiada jerawat pada setiap hari. Setiap kali baik satu jerawat, satu lagi jerawat lain akan mula tumbuh.

           Ada di kiri dan kanan pipi, ada juga di bawah bahagian bawah bibir, dan kadang-kadang hidung. Jadi saya buat keputusan untuk berpisah terus dengan skincare yang saya setia dengannya hampir 19 tahun. Jodoh dengan skincare yang lama mungkin setakat 19 tahun sahaja. Sudah tersurat di Loh Mahfuz.

            Oleh itu, perkenalkan skincare baru saya. Namanya Eucerin Pro Acne. Saya nekad pilih Eucerin sebab ada promoter yang pakai baju putih betul-betul pakar dengan produk Eucerin menerangkan tentang betapa bagusnya produk Eucerin. Mula-mula saya ingat saya pilih C******, tetapi sebelum saya burn kan duit saya pada skincare yang belum tentu sesuai dengan kulit muka saya, terus saya tanya adik Guardian’s Jusco Ayer Keroh, sama ada C******* ni sesuai tak dengan kulit muka yang berminyak dan berjerawat, dia buat raut wajah yang beri signal langsung tak sesuai. Dia syorkan Eucerin sambil tunjuk pada kakak cun promoter Eucerin.

            Apa yang boleh saya beri penerangan secara ringkas, Eucerin tiada Paraben, tiada alkohol, not a high risk product to try on. Tiga perkara ni buat saya benar-benar nekad untuk terus pakai Eucerin. Cukup tiga perkara. Padahal sebelum ni saya langsung tak pernah terfikir saya akan guna Eucerin. Seriously.

             Antara produk Eucerin yang saya beli tempoh hari ialah Cleanser PRO Acne, Toner Pro Acne, Pro Acne Solution (Krim Muka), Makeup Remover Eucerin (tidak memedihkan mata kecuali jika tuan puan sengaja masukkan dalam mata), Scrub Pro Acne. Buat masa ni, ni sahaja saya nekad beli. Semuanya memang keperluan, bukan kehendak.

               Semoga saya boleh setia dengan produk Eucerin dan semoga Eucerin paling bagus untuk saya. Amiin Ya Robb.

ikoko : Buanglah yang keruh, ambil yang jernih.