Set Bersalin Anugerah dan Placenta Previa Type 1 Anterior

Teks : Azlina Zabha
Gambar : Laman Web Set Bersalin Anugerah

Set Bersalin Anugerah

Hari ini, suami saya akan mencari set bersalin Anugerah ini untuk saya. Berkenan sungguh saya dengan Set Bersalin Anugerah ini. Cinta pandang pertama. Ini merupakan kali pertama saya membeli set bersalin sendiri. Jika anak pertama dulu, ibu mertua saya yang menguruskan bahan-bahan untuk saya gunakan semasa berpantang.

Harga untuk 1 Set Bersalin Anugerah seperti di dalam gambar di atas ialah RM199.00. Saya belum jumpa lagi harga yang lebih murah daripada harga tersebut. Mungkin saya tidak akan beli 1 set kerana saya bersalin nanti melalui pembedahan, jadi tidak semua yang terkandung dalam set bersalin tersebut boleh dipakai atau diambil oleh saya sepanjang tempoh berpantang.

Dalam Set Bersalin Anugerah ini, terdapat tujuh barangan. Hanya lima daripadanya sahaja yang benar-benar saya perlukan untuk saya berpantang nanti. Berikut adalah set yang saya maksudkan tersebut:-

(1)1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml
(2)1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml
(3)Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml
(4)Uncang Mandian Sauna Herba Anugerah
(5)1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml

Jika ada yang ingin mengetahui apa lagi dua jenis barang yang ada dalam Set Bersalin Anugerah ini, bolehlah melayari  Laman Web Set Bersalin Anugerah. Di situ ada diterangkan sekali khasiat bagi setiap jenis barangan di dalam set bersalin ini. Apa yang menariknya Set Bersalin Anugerah ini ialah, ia telah dibaca dengan 30juzuk Ayat Al-Quran serta bahan-bahan yang terkandung di dalamnya juga semuanya berkhasiat. Tidak mampu untuk saya ceritakannya satu persatu. Jadi apa kata kita klik sendiri pada link yang saya beri tersebut.

Mampukah saya bertahan dan bersabar menjalani tempoh berpantang? 
In Shaa Allah. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik. Emosi ibu berpantang lain ritmanya. Berpantang sendiri, lain rasanya. Berpantang di rumah ibu bapa sendiri, lain nadanya. Berpantang di rumah mertua, lain iramanya.

Minggu ini adalah minggu ke-35 usia bayi di dalam kandungan saya. Ketika saya menulis entri ini, saya masih ditahan di wad atas sebab Placenta Previa Type 1 Anterior, 2.83cm from os (uri bawah, sepatutnya kedudukannya di atas, bukannya bawah). Jika diikutkan, PP Type 1 tidak perlu ditahan di hospital. Namun, hari ini merupakan hari ke-9 saya ditahan di wad, iaitu sejak 13/3/2014 (Khamis).

Doktor menyatakan bahawa PP Type 1 juga ada banyak jenis. Saya sendiri tidak pasti saya Type 1 jenis yang mana satu. Bila ditanya kepada doktor, bila saya boleh discaj, beliau sering menerangkan yang jika berlaku tumpah darah, atau keluar darah sedikit pun, amat merbahaya untuk ibu dan bayi. Darah yang keluar pula tidak dapat dirasa oleh ibu, sebab tiba-tiba sahaja basah dan berdarah tanpa “signal”. Nauzubillahiminzalik.

Doakan saya selamat menjalani Caesarean Section (bersalin melalui pembedahan) pada 2/4/2014(Rabu) dengan jayanya. Mudah-mudahan saya boleh discaj pada 4/4/2014(Jumaat). Semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan saya dan bayi baik-baik sahaja, ya!

Rindu sangat pada rumah.
Rindu sangat pada suami.
Rindu sangat pada anak.

Ya Allah, tinggikanlah tahap kesabaran kami dan permudahkanlah segalanya.

2 Replies to “Set Bersalin Anugerah dan Placenta Previa Type 1 Anterior”

  1. Ina, btul kate doc tu. once kalau tumpah darah mmg cm paip pecah. that was happen to me. akk antara PP type 3 yg x de tande2 nk urgen czer (means x de history bleeding) just slalu cntraction yg akk sndiri pn x tau itu cntraction yg plg kuat sbnrnya yg lead to bleeding. Allah is the best planner.bykkan doa pada-Nya + leh wt tips yg akk ng aritu, insyaallah PP type 1 ade chances nk naik blk, unless klu PP type 3 or 4 mmg ssh ckit nk naik.tk care dear!

  2. Kan.. Semoga uri naik atas.. Miracles will happen. Macam haritu, baby ina flexed breech. Alhamdulillah, miracles happen, 18/3/2014 haritu scan, kepala baby dah kat bawah. Syukur alhamdulillah..

    Thanks kak .. cuma kesian kat suami, dia kena uruskan rumah. Mujur dia dah kerja bebas sekarang. Prudential Full Time Agent. Kalau dia masih bekerja dengan mana-mana syarikat, ina taktau siapa yang akan uruskan anak ina kat rumah. Plus, confirm hari-hari memang suami mesti tak dapat nak datang jenguk. Mesti dia akan lagi pening nak uruskan hal rumah, sebab balik rumah tak tentu masa.

    Alhamdulillah. Semua ni cantik Allah dah tentukan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.