Lapan Gelas Air Sehari

Teks : Azlina Binti Zabha
Imej : 

1) TIPS BERPUASA : CARA MINUM AIR MASAK DI BULAN RAMADHAN
2) Fungsi Minum Air Kosong

Lapan gelas air sehari.
Lapan gelas air sehari.
Lapan gelas air sehari.

Hati saya selalu sahaja ingin minum air kosong, lapan gelas sehari. Kadang-kadang, sudah tengah malam, baru saya ingat yang saya masih belum minum air kosong sepanjang hari, Lebih-lebih lagi waktu bulan Ramadhan tempoh hari, air manis sahaja yang saya minum.

Bila tak biasa, saya merasakan minum air kosong itu suatu perkara yang sangat membebankan. Namun, hari ini terlintas di fikiran saya, bagaimana ingin membina tabiat suka minum air kosong. Terlebih dahulu, di bawah ini saya taipkan keratan teks yang dibuat oleh “Cahaya Putih”.

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.                 (oleh Cahaya Putih pada teks yang bertajuk Kebaikan dan Kelebihan Air Masak – Air Mineral) 

Itu adalah salah satu kepentingan air kosong. Tapi, apakah cara yang boleh kita amalkan agar tidak rasa sukar untuk minum air kosong? Berikut merupakan beberapa cara yang ingin saya kongsikan. Selepas ini, bolehlah kita sama-sama mengamalkannya.

1. Gantikan perasaan minum air manis kepada minum air kosong.

2. Gantikan perasaan lapar dengan minum air kosong

3. Sediakan air kosong di dalam botol dan bawa sahaja ke mana-mana.

4. Cabar diri minum lapan gelas air sehari selama 40 hari. Tanpa henti.

5. Minum air kosong secara berjadual.

Jika kita perhatikan, secara tidak langsung, kita akan minum mungkin lebih daripada lapan gelas air sehari. Semoga kelima-lima cara ini dapat membantu kita semua menerapkan amalan minum air kosong sebanyak lapan gelas atau lebih sehari.