Latihan Carian 40 Kata Carian Google

Teks : Azlina Binti Zabha
Imej : Haenim Play Yard 4 Panel

Ini teks kedua saya pada tahun 2015 ini. Ikutkan hati, saya sudah tidak mahu lagi meneruskan blog ini. Rasa sukar untuk meneruskannya atas sebab-sebab tertentu. Namun, saya kena kuat semangat. Bila sudah mula, saya kena teruskan, dan berusaha untuk konsisten dalam menulis. Menulis dan terus menulis. Menulis dengan berfokus.

Bila lihat gambar ini, mengingatkan saya supaya menulis perlu berfokus.

Alhamdulillah. Sifu Masayu Ahmad sedarkan saya semula tentang tujuan saya menulis blog ini. Terima kasih kakak sifu. Tajuk di atas ini, iaitu “Latihan Carian 40 Kata Carian Google” merupakan salah satu tugasan yang perlu saya buat atas saranan beliau.

Sejak tahun 2013 saya mula berkecimpung secara serius dalam bidang penulisan blog ini. Saya mengambil langkah menyertai Kelas Asas Bina Blog. Banyak tips yang dipelajari setelah saya membaca ebook Belajar Asas Blog yang disertakan.


Boleh layari laman web Sifu Masayu Ahmad di http://www.masayuahmad.com atau layari http://ebookasasblog.blogspot.com/  .

Antara tips daripada ebook tersebut ialah, bina tajuk berdasarkan carian google popular. Contoh, saya ingin menceritakan tentang Syampu Terbaik Untuk Rambut Gugur. Jadi, saya perlu:-

1) Layari http://www.google.com .

2) Taip perkataan “syampu terbaik” dahulu dan lihat keywords atau carian kata yang tersenarai. Lihat pada gambar.

3) Buat entri berpandukan kata carian tersebut.

Berikut merupakan senarai kata carian yang menyebabkan orang membaca blog saya. Statistik google ini saya dapat melalui konfigurasi yang terdapat dalam Blogger.com yang saya sedang gunakan.

Lihat kata carian yang terakhir, iaitu “Kesan Rejoice Hair Fall”. Apabila saya guna kata carian tersebut di enjin carian Google, blog saya di tempat ketiga, pada tajuk entri “Syampu Elak Rambut Gugur”, (http://azlinazabha.blogspot.com/2013/07/syampu-elak-rambut-gugur.html ), di muka surat satu hasil carian. Alhamdulillah. Syukur. Saya perlu belajar, belajar dan terus belajar.

Jadi saya hendaklah mencari lagi 39 kata carian yang membawa kepada pautan dalam blog saya. Suatu cabaran buat saya sebab sejak kebelakangan ini, entri saya agak kurang berfokus. Jadi, sekarang saya perlu lakukan comebacks . Ambil sedikit masa daripada 24 jam waktu yang Allah beri dalam sehari.

Ada sesiapa lagi yang mahu tips-tips berguna untuk menulis blog dengan betul dan bermanfaat? Belajarlah bersama kami. Boleh menghubungi Sifu Masayu Ahmad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.