Ahli Shaklee Percuma

Teks: Azlina Binti Zabha
Imej : Green & Click

“Bila nilai RM13, sama nilainya seperti RM130.” Itu perkataan yang selalu diulang-ulang penulis Insyirah Azhar di dalam bukunya berjudul “Bertanya Allah Dahulu”. Waktu ini, saya benar-benar ada dalam situasi sepertinya suatu masa dahulu. Bila saat saya inginkan sesuatu, tapi hanya menjadi impian dulu di dalam hati. Ada yang lebih utama.

Siapa sangka, dengan menjadi ahli Shaklee dapat  percuma barangannya tanpa menempahnya. Tidak masuk akal, bukan? Semuanya kuasa Allah. Hari ini saya ingin berkongsikan dengan rakan pembaca yang mungkin juga ahli Shaklee, atau sedang mengintai tentang keahlian Shaklee.

Awal minggu lepas, saya terima satu mesej daripada pihak Shaklee. Dalam mesej itu berbunyi, satu bungkusan yang dipos melalui CITYLINK akan tiba pada saya tidak lama lagi. Saya benar-benar terkejut dengan berita ini.

Ini adalah kerana, saya langsung tidak ada buat apa-apa pembelian produk Shaklee dalam tempoh terdekat ini. Fikiran saya mula menyangka yang bukan-bukan. Tak mungkin hanya jadi ahli Shaklee percuma barangannya. Tetapi, jika ada sebarang penipuan pun, mana mungkin ia beralamatkan kepada saya.

Saya terus menyemak transaksi terkini melalui laman web ahli Shaklee. Ya, memang benar! Ada bukti tempahan produk Shaklee. Mata saya terus mencari nilai ringgit yang terpapar.

Ya, Allah! Kosong? Maksud saya, tiada apa-apa pembayaran untuk bungkusan yang bakal saya dapat? Ini membuatkan saya lebih tertanya-tanya, apakah isi bungkusan tersebut.

Siang tadi, baru saya berkesempatan untuk mengambil bungkusan Shaklee tersebut di sekolah. Tak sabar saya dibuatnya, jadi saya buka kotak tersebut masa itu juga. Dalamnya ada sebotol Zinc Complex. 120 tablets!

Terima kasih, ya, Allah! Saya bersyukur sangat dengan apa yang saya dapat hari ini. Saya benar-benar tidak menjangka akan pemberian daripada Shaklee ini. Sungguh!

Dalam fikiran saya, cuma fikirkan, mungkin pemberian percuma berbentuk pelekat kereta, kad diskaun, atau paling tidak hanya katalog terkini Shaklee. Rupa-rupanya sebotol suplimen keluaran Shaklee, Zinc Complex. Subhanallah!!

Alhamdulillah. Amat bersyukur atas nikmatmu, ya Allah!

Bisik-bisik :
Ada sesiapa ahli Shaklee di sini? Saya salah seorang penggemar produknya. Mungkin kita boleh bertukar-tukar ilmu.

2 Replies to “Ahli Shaklee Percuma”

  1. Alhamdulillah Ina. Rezeki datang dengan cara yang tidak disangka-sangka kan. Shaklee banyak bagi promo untuk ahli-ahlinya. Hanya untuk mereka yang nak grab peluang yang diberikan 🙂

  2. Ya Siti… kebetulan memang saya masih ada masalah rambut gugur. Mula-mula saya taktau pun zinc complex tu khasiatnya boleh mengelakkan rambut gugur, saya hanya dapat tahu lepas google tentangnya. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.