Fikir dan Tulis Cita-cita

Teks : Azlina Zabha

Gambar : Blog Peti Masa

Fikir dan tulis cita-cita. Apa cita-cita kita? Sekarang cita-cita kita sama atau tidak dengan cita-cita zaman kanak-kanak? Kita ada tulis dan berkali-kali tulis cita-cita tersebut hari-hari?

Apa kata mulai hari ini, kita tulis cita-cita kita hari-hari. Tulis dalam planner, diari, google calendar atau personal blog. Apa di hati kita lebih senang terlahir pada tulisan kita. Cakap itu suatu doa. Tulis atau taip pun suatu doa.

Sebenarnya cita-cita bukan sahaja impian untuk pekerjaan yang kita inginkan. Cita-cita juga ialah kehendak. Sebesar-besar mana cita-cita kita, sekecil-kecil mana cita-cita kita, jauh di sudut hati kita, kita memang mahukan sangat ia tercapai, betul tak?

Jadi sekarang, apa cita-cita kita? Mungkin hari ini cita-cita kita untuk dapatkan lamb chop with perfect brown sauce untuk keluarga kita. Jadi, tulislah hari-hari di mana-mana yang kita suka, keinginan kita.

Tulis dahulu. Taip dahulu impian kita. Bila sudah dapat, jangan lupa bersyukur pada Allah. Allah yang makbulkan doa kita.

Me : Berat badan saya 48kg (berat ideal) pada Disember 2020. Ada homestay yang laku keras pada Mei 2021 sehingga boleh bayar bulanan sewa beli homestay tersebut. Terima kasih Allah.

Resipi Spaghetti Bolognese Paling Sedap

Teks : Azlina Zabha

Gambar : Delish (pinterest), https://bbcgoodfood.com

Bahan-bahan

Spaghetti San Remo – 1 pack

Ayam / Daging kisar (Ramly) – 400gm

Minyak masak – 1 cawan kecil

Mentega Buttercup – suku atau 1/4

Bawang besar – 2 biji (hiris halus)

Tomato – 4 biji (dipotong)

Prego Traditional Sauce – 300gm (tin)

Cendawan butang – 1 tin (hiris halus)

Lada Benggala / Capsicum – 1 biji (hiris halus)

Cheese – 5 keping (Emborg)

Lada kisar – 5 sudu

Oregano (serbuk/kisar kasar) – agak-agak

Gula – sesedap rasa

Garam – sesedap rasa

Cara-cara:-

  1. Bawang besar & tomato diumiskan dengan mentega & minyak. Tambahkan gula 5 sudu.
  2. Masukkan lada kisar.
  3. Sementara lada kisar ambil masa untuk pecah minyak, bolehlah ambil kuali leper, sangai / goreng ayam kisar/daging kisar dalam kuali leper.
  4. Bila lada kisar sudah pecah minyak, boleh masukkan capsicum/lada benggala, cendawan butang, dan sos prego.
  5. Ayam/daging kisar yang telah siap disangai, dimasukkan ke dalam sos. Gaulkan.
  6. Masukkan air ke dalam tin sos prego yang kosong dan masukkan air tersebut ke dalam sos tadi.
  7. Masukkan cheese, gaul.
  8. Letakkan oregano 5 das.
  9. Letakkan garam secukup rasa.

Idea asal : Azliza Zabha

Resipi dimurnikan oleh : Azlina Zabha