Berbaloikah Skincare L’Oreal & Essano?

Teks: Azlina Zabha

Imej : Watsons Malaysia, Gurdian Malaysia, eBay, Essano Singapore

Skincare yang sesuai dengan kulit muka kita memang sangat susah untuk dicari, betul tak? Ini adalah kali kedua saya menggunakan produk L’Oreal. Sebelum ini, saya memang setia dengan produk L’Oreal, sejak saya belajar di UiTM lagi, iaitu pada tahun 2002.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2018, saya diuji dengan muka yang break-out sangat teruk. Jadi, saya berhenti pakai produk L’Oreal dan dalam masa yang sama saya berhenti semua makanan tambahan (suppliment). Lama juga saya mencari mana yang sesuai dengan kulit muka saya.

Akhirnya, saya buat keputusan untuk solat istikharah, dan minta Allah tunjukkan betul-betul mana skincare yang berbaloi untuk saya pakai untuk tahun 2020. Tak tahan muka teruk sangat. Allah dekatkan hati saya untuk pakai produk L’Oreal semula. Saya anggap, muka saya yang break-out ini adalah disebabkan hormon.

Kulit muka saya break-out, bukan sebab ANAS Cosmetics. Kulit muka saya break-out sudah lama sejak saya belum pun mula pakai ANAS Cosmetics. Jadi, tak perlu buat andaian saya heavy makeup ke apa, ya! Saya jarang buat full makeup. Setiap kali saya makeup, saya memang akan pastikan saya buat double cleansing. So, it is clear, right?

Sebelum saya teruskan lagi, saya juga ingin membuat penafian bahawa, segala skincare yang saya ulas ini, mungkin sesuai dengan kulit muka saya, mungkin juga tidak sesuai dengan kulit muka orang lain, jadi kena try an error untuk tahu sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan muka kita, ok?

(Oleh Azlina Zabha)

Baiklah, saya teruskan. Setakat ini, sudah masuk dua minggu saya gunakan produk L’Oreal dan Essano ini. Sebelum saya membuat keputusan yang berani mati ini, saya pergi buat skin analysis dengan AEON Wellness Jusco Bandaraya Melaka (murah sahaja, dapat 50% potongan RM2.40 sahaja kalau tidak silap) dan juga skin analysis oleh Mary Kay Beauty Consultant, Nor Nadiah.

Setelah itu, baru saya tahu bahawa kulit muka saya ini sebenarnya jenis apa. Selama-lama ini bermati-matian saya ingat kulit muka saya jenis berminyak. Menurut AEON Wellness, kulit muka saya jenis Normal tetapi dehydrate.

Walaubagaimanapun, hasil analisis kulit muka yang dibuat oleh Nor Nadiah, Mary Kay Beauty Consultant, mengatakan bahawa kulit muka saya jenis Combination. Kulit muka saya hanya berminyak di kawasan T-Zone iaitu dahi dan juga hidung. Terima kasih Nor Nadiah, sebab beri saya percuma skin analysis. 🙂

Oleh itu, saya buat keputusan untuk perbanyakkan minum air kosong dan fokus kepada cari produk untuk kulit muka dehidrasi. Alhamdulillah, masuk minggu kedua, jerawat di muka saya tidak terlampau teruk dan bintik-bintik hitam sudah pudar. Blackhead boleh dikatakan langsung tiada. Seronok betul hati saya.

Berikut ialah senarai produk terkini yang saya gunakan:-

  1. L’Oreal Cleansing Milky Foam (Whitening) 100ml
  2. L’Oreal Scrub (Whitening) 100ml
  3. L’Oreal Toner (Whitening) 100ml
  4. Essano Superfood Turmeric Mask
  5. L’Oreal Essence Micro (botol kecil)
  6. Essano Superfood Turmeric Serum
  7. L’Oreal Hydra Fresh Anti-OX Grape Seed in Jelly Mask 50ml
  8. L’Oreal Hydra Fresh Anti-OX Night Mask in Jelly 50ml

Untuk pengetahuan semua, saya ada buat video untuk keberkesanan semua produk ini. Selepas sebulan nanti, saya akan gabungkan video sebelum dan selepas saya gunakannya. Can’t wait that moment! Jika saya sempat, saya akan beri liputan, okey? Saya harap semua ini sesuai sangat dengan kulit muka saya. Saya bukan lagi muda-mudi yang masih lagi berjinak-jinak dan mencari-cari skincare terbaik. Permulaan untuk menggunakan semula produk L’Oreal bukan satu keputusan yang mudah. How much did I invest for all this item? Let me think. Lebih kurang RM400 juga. Ya, Allah. Moga ini yang terbaik. Moga pencarian skincare terbaik untuk saya berakhir di sini.

Ina : Sambil-sambil saya buat solat istikharah, saya memang buat solat hajat juga agar kulit muka saya benar-benar sembuh. Amiiin. Korang yang baca ni, kena doakan saya tau! Risau juga, RM400 bukan sikit-sikit duit. I hope this is a good investment and final decision for the best skincare routine for me. Tiada masa untuk buang duit banyak kali, cari lagi dan lagi. Sekarang zaman berjimat cermat. Betul, kan? Jadi, usaha dah buat, sekarang tawakkal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.