Tukar Timing Belt

Teks : Azlina Binti Zabha
 
 
 
Hari ini saya bercadang untuk  servis MB kesayangan saya. Kali ni saya betul-betul lewat servis kereta. Kilometer sepatutnya 57069km. Tapi sekarang dah 58384km.
Selesai sahaja waktu persekolahan, saya terus ke GT ONE AUTOCARE SDN BHD (berhampiran Taman Merdeka) Proton Service Center. Tiba di kaunter, saya dilayan baik oleh pekerja di situ.
“Puan hantar servis di mana sebelum ni, puan?”
“Ming Hong Motor Batu Pahat,”
“Aik, kilometer dah 55k lebih ni,”
“Ha ah. Saya selalu bawa jauh kereta ni. Berulang Batu Pahat – Melaka masa suami saya belum dapat kerja di sini. Setiap minggu saya balik Batu Pahat,”
Haa.. panjang lebar saya terangkan. Dia tak tanya pun kenapa. Huuu.
“Ok puan, bila dah hampir 60000km ni, timing belt kena tukar ni. Minyak gear dah tukar? Spark plug?”
“Haaaaa?? ”
Nampak sangatlah saya tak berapa tahu sangat hal kereta ni. Kali terakhir saya servis kereta, major service. Suami saya yang uruskan.
“Kejap, saya call suami saya. Dia yang uruskan haritu,” keluar peluh gajah. Panik kejap. Selepas saya telefon suami, saya telefon pula pihak Ming Hong Motor untuk minta penerangan tentang major service yang telah dibuat pada 5 Disember 2012.
Lain semuanya dah tukar. Tinggal timing belt sahaja belum tukar. Dia buat price quotation dan booking mechanic untuk hari Sabtu hujung minggu ni.
Tengok price, ternganga sekejap. Harga penukaran Timing Belt Savvy dan segala perkakasan yang diperlukan, menjangkau RM1030. Campur servis, dalam RM1230. Oh My Golf!
T_T pasrah. Manalah saya tahu. Ingatkan minor servis je. Sekali tu dah sampai masanya kena tukar timing belt. Suami cakap, penting tu kena tukar. Bahaya kalau tak tukar.
T_T lagi sekali muka pasrah. Telan air liur dua tiga kali.
Ingat ye semua, bila kilometer kereta kita sudah menjangkau 60000km, kita perlu sediakan sejumlah duit untuk penukaran timing belt.
Baiklah. Sampai di sini sahaja. Dah sampai waktu berbuka ni. Selamat berbuka semua~

Kunci Motor Hilang

Teks: Azlina Zabha

Takdelah misteri sangat pun tapi ia masih jadi suatu yang misteri buat kami sekeluarga. Kunci motor yang penting tu boleh hilang dengan kunci-kunci lain sekali. Dah cari merata tempat.

Mungkin juga terselit dalam mana-mana tempat dalam stor kami. Padahal dah susun dengan kemas. Sabar je lah kan. Jadi, apa tindakan yang kami buat untuk merungkai misteri ni? Ok. Takyah rungkai. Macam pelik je bunyi.

Sebenarnya saya nak bagi kamu semua beberapa langkah yang perlu diambil bila kunci motor DAH PUN HILANG dan tiada sebarang duplicate.

1) Hubungi orang yang paling dekat dengan kita dan rujuk dia dan suruh dia selesaikan misteri tu. Haha. Senang kan? 😉

2) Ok. Serius sikit. Pergi ke kedai motor. Bagitau mereka yang kunci motor hilang. Maklumkan kepada mereka model motosikal anda apa. Contoh : Modenas Sports, etc. Jika ada stok, pekedai motosikal tersebut boleh terus buatkan kunci untuk anda. Bagaimana? Apa yang saya sudah lalui tadi, saya perlu membuat bayaran penuh terlebih dahulu (RM123). Harga mungkin berbeza dengan motosikal jenis lain dan kedai membaiki motosikal yang ada rujuk. Ada yang RM20 dah boleh dapatkan kunci baru (ikut jenis motor). Jangan lupa minta resit dan simpan resit baik-baik.

3) Pekedai tersebut akan menyuruh anak buahnya untuk ikut kita ke tempat letaknya motosikal tersebut. Saya perlu ceritakan perkara ini terperinci sebegini kerana jika anda seorang perempuan, sekurang-kurangnya anda tahu yang anda perlu bersedia dengan seorang teman untuk menyelesaikan perkara ini. Kemudian, motosikal anda akan dibawa oleh mereka dengan cara seorang mengayuh menggunakan kaki, seorang lagi menolaknya dari belakang. Mereka akan membawa motosikal anda ke kedai tadi untuk proses seterusnya.

4) Bila motosikal anda sudah ada di kedai, maka berilah mereka kepercayaan untuk membuat kunci untuk anda. Bila siap? Terpulang kepada kedai membaiki motosikal yang anda pergi itu. Sekian.

Maklumat tambahan : Jika road tax motor turut hilang, sila buat di Pejabat Pos Malaysia yang berhampiran dengan mengemukakan geran atau salinan geran motosikal anda.

Semoga info ini dapat memudahkan kerja seharian anda dan melapangkan fikiran anda. Adios~ dan wassalam…

Dugaan Sebelum Ramadhan

Teks: Azlina Zabha
Malam tadi saya diserang sakit perut yang sangat. Sepanjang malam tidak dapat tidur dengan lena. Menggigit-gigit sakitnya.
Sekali-sekala saya capai tangan suami. Genggam tangan dia kuat-kuat bila sakit tu datang. Ada salah makan ke malam tadi? Saya tak pasti.
Sehingga waktu subuh, keadaan saya masih tak berubah. Masih sakit. Suami buat keputusan untuk bawa saya ke Hospital Pantai Melaka untuk dapatkan rawatan.
Setibanya di hospital, kami menuju ke Emergency Department. Saya dirawat dan dimasukkan air drip serta ubat tahan sakit perut. Sakit sangat.
Doktor bertanya sama ada saya mahu dirawat dengan doktor pakar atau tidak. Saya setuju. Kemudian saya diminta ke tingkat 1 untuk dirawat oleh doktor pakar. Doktor scan perut. Doktor kata semuanya sihat. Saya gastric katanya dan tak perlu admit. Dia berikan ubat untuk seminggu. Jika sakit berterusan, saya perlu berjumpa dengannya semula untuk buat rawatan susulan.
Namun, saya masih sakit sekarang ni. Sekejap-sekejap datang sakitnya. Tapi kuat sangat dirasakan. Macam sakit contraction nak beranak. Bila saya berjalan, sakit perut lagi cepat attack. Sehinggakan saya terpaksa berbaring sahaja. Duduk pun sakit.
Apa pun, semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Selepas ini, saya perlu ambil peduli tentang pemakanan saya walau sesibuk mana pun saya.
Waktu makan kena tepat dan yang paling penting, jangan biarkan perut rasa lapar. Setiap sela waktu antara sarapan, makan tengah hari, dan malam, perlu ada snack yang sihat (serat (oats bar), buag-buahan (kurma, epal murah, banyak khasiat, tahan lama), dan sayur-sayuran (brokoli sedap dimakan begitu sahaja bila direbus)).