ANASism ada di SASA

Teks : Azlina Zabha
Imej : Screenshot Instagram @sasamalaysia

NAK TAU TAK ANAS ANTARA PRODUK YANG 
ADA DI SASA



Uolls tolonglah percaya, @anasism memang betul-betul ada dijual di @sasamalaysia

              Warna-warna liquid lipstick yang lengkap dengan code brownish, nude colour, pink to red colour, dan dark red colour pun ada ala-ala vampire gittewww. Bleh la pakai tudung penuh ros merah lepas tu. Baru ngammm. (kot2 buat bachelor party macam tu kan)

               Nanti, bila korang dah feel sendiri pi SASA dan pakai produk2 @anasism @anaszahrin  mesti korang akan rasa must have all the colours tau. Why not, reward yourself kan. Berhempas pulas kerja sampai terpulas2. At least 1 bulan, 1 benda korang beli untuk jadikan pemangkin kerja lebih keras dan tekun.

               Bila dah reward diri sendiri, nanti korang baru rasa puas. Alang-alang nak beli lipstick yang bukan hari-hari beli, belilah yang berkualiti tinggi, betul tak?

               Mana-mana colour yang korang nakkk sangat-sangat tapi jika warna tu dah habis kat @sasamalaysia, korang boleh contact @azlinazabha atau mana-mana @teamstarsanas #teamstarsANAS @ailyqairy @ailyqairyofficial untuk dapatkan warna tu. In Shaa Allah kitorang boleh consult korang dengan berhemah tingginya. ❤️❤️❤️

#teamstarsANAS #teamstarsANASbest #ANAS #anasism #anaszahrin #anascosmetics #makeupbest #liquidlipsticksenangpakai  #liquidlisptickANAS

Me : @ dalam entri kali ni menandakan ig / akaun instagram. Maaf sebab ejaan ke laut kali ni. Sila abaikan kejap tatabahasa untuk entri kali ni. 🙈🙈🙈

Ultra Madness Super Volume Mascara ANAS

Teks : Azlina Zabha
Imej : #teamstarsANAS

Assalamualaikum and good morning all. Jom bersihkan sawang-sawang. Ni kalau jerit kat sini boleh bergema ni. Heehuu. Tergantung sepi sangat blog ni. Haha

           Baiklah, sebelum saya terlajak taip ntahapaapantah, baik saya terus je perkenalkan pada semua Ultra Madness Super Volume Mascara ANAS ni. Mascara ni sebenarnya baru sahaja dikeluarkan oleh Anasism. Siapa yang selalu pergi SASA mesti tahu dengan kewujudan kosmetik ANAS.

           Ya, seriously memang kosmetik ANAS ada dipasarkan di SASA. Bukan mudah produk Bumiputra masuk ke butik kosmetik SASA. Jika nak dapatkan Ultra Madness Super Volume Mascara ni, boleh dapatkannya secara personal dengan master stokis Ailyqairy, stokis, agen serta dropship sah #teamstarsANAS.

           Ultra Madness Super Volume Mascara ANAS best sangat sebab ia tak comot bila kita pakai pada bulu mata. Sekali sapuan sahaja sudah mencukupi. Tapi jika ditanya saya, saya lebih suka letak dua kali sapuan. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Bulu mata saya jenis yang ada tak ada. Hihi. Jadi harus lebih sekali sapuan untuk nampak lebih klasik gitteww. Lagi-lagi jika kita dah pakai eyeliner, mesti tak nampak mascara bila pakai nipis-nipis.

            Walaubagaimanapun, jika kita dalam mode nak buat makeup no makeup look, no eyeshadow, no blusher dengan nude colour lipstick, jadi saya cadangkan mascara tu pakai satu sapuan sahaja. So barulah muka nampak ala-ala Korean gitteww.

            Saya ni jenis yang memang tak pandai pakai mascara. Kali terakhir saya pakai masa saya berumjur 25 tahun. 10 tahun yang lalu secara jujurnya. Masa tu nak cuba-cuba pakai mascara. Pakai sekali je, lepas tu ntahmanamana mascara tu saya letak.

             Bila saya jumpa mascara yang best macam Ultra Madness Super Volume ANAS ni, memang saya tak fikir lama. Terus beli. Mascara ni bila saya pakai harini, macam tak pakai mascara. Nampak bulu mata original sangat. No need fake eyelashes. Bulu mata melentik vogue sangat. Nanti saya selfie, saya letak gambar saya dengan mata bermaskara ok.

             Saya banyak kemaskini instagram saya dengan kosmetik Anasism. Boleh tengok di instagram saya, @azlinazabha .

Laman Web Ailyqairy : http://ailyqairy.com
Lamab Web Anasism : http://anasism.com
Instagram Anasism Ailyqairy : @anasism.ailyqairy
Instagram Anasism : @anasism

Sorry raw picture, tengah dalam kereta masa update ni. 

Eyeliner Terbaik

Teks : Azlina Zabha
Imej :
1) Easy Cat Eyeliner Tutorial oleh Cynthia Z dari http://www.indianvanitycase.com/
2) Simply Elegant Liquid Eyeliner oleh Simplysiti dari http://simplysiti.com.my/ 

Cara mudah untuk membuat “cat eyeliner”

Perkara pertama yang saya akan buat bila ingin keluar ke rumah bersama keluarga ialah menyiapkan diri sendiri dahulu. Kemudian, baru saya menyiapkan anak-anak dan perkara-perkara lain. Selalunya saya akan peruntukkan masa selama satu jam untuk diri sendiri.
Mengapa satu jam? Ini termasuk waktu saya ingin menggosok tudung dan baju (jika perlu). Mandi, solat dan bersolek. Namun, tidak setiap waktu saya berkesempatan meluangkan masa selama satu jam untuk itu semua. Tertakluk kepada mana yang lebih utama. Solat, mandi & bersolek secara ringkas. Bak kata suami, “lite makeup”.
Sebenarnya saya kurang arif dengan apa yang dimaksudkan suami. Mungkin dia mahu saya segera bersiap. Baiklah, boleh sahaja. Capai penggaris mata ataupun dalam Bahasa Inggeris, “eyeliner”, kemudian cepat-cepat buat cat eyeliner. Imej di atas menunjukkan cara mudah untuk membuat cat eyeliner.

Simply Eligant Liquid Eyeliner (Simpysiti)

Simply Eligant Liquid Eyeliner , merupakan salah satu produk keluaran Simplysiti. Bronze Collection. Sebelum saya benar-benar membeli penggaris mata keluaran Simplysiti ini, saya telah pun membuat perbandingan dengan penggaris mata daripada jenis produk yang lain dari segi jumlah isi kandungannya. Harganya adalah sangat berbaloi dengan kualiti yang saya dapat.

Kerja saya memakan masa selama tujuh hingga 11 jam. Namun bila masuk jam yang kelima, saya selalu ada masalah dengan penggaris mata yang saya pakai sejak awal pagi sebelum pergi ke kerja. Waktu itu sudah masuk waktu tengah hari. Baru saya berkesempatan tengok sendiri muka di cermin. Memang betul-betul comot di bahagian mata. Kadang-kadang rasa menyesal tidak membelek wajah sekali-sekala semasa bekerja, tetapi kerja saya memerlukan saya fokus 200%. Mana mungkin saya sempat melihat waja sendiri di cermin.

Jadi saya pilih untuk cari penggaris mata terbaik sehingga saya menjumpai Simply Elegant Liquid Eyeliner. Bila saya ingin membersihkannya juga mudah. Hanya perlukan cecair pembersih penggaris mata, dan membersihkannya. Tiada lagi masalah susah membersihkan makeup. Senang urusan harian. Saya tidak serik membelinya dan akan terus membelinya. Selepas ini mungkin saya akan mencuba  makeup keluaran Simplysiti yang lain pula. Ada orang khabarkan kepada saya yang rata-rata keluarannya bagus-bagus. Saya sangat teruja untuk mencubanya. In Shaa Allah

Bisik-bisik : Ini adalah entri saya yang ke-41. Alhamdulillah. Lagi sikit sahaja untuk cukupkan 44 entiri. Syukur. Terima kasih Allah kerana memberi saya idea untuk menulis.

Makeup Remover Terbaik

Teks : Azlina Zabha
Gambar : Azlina Zabha

L’Oreal Makeup Remover

Pagi-pagi lagi, saya akan bersiap dan merias wajah sepantasnya sebelum ke sekolah. Kadang-kadang saya perlu berada di sekolah sehingga waktu petang jika ada mesyuarat, program, LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan), dan jika ada kerja yang perlu saya bereskan dalam kadar yang segera. Jadi, saya perlu solat sahaja di sekolah. 
Maka, Makeup Remover jenama L’Oreal ini adalah keperluan saya untuk menanggalkan segala calitan yang saya buat di wajah. Kenapa saya suka Makeup Remover ini? Berikut ialah sebab-sebab saya sangat menggemarinya:-
1) tidak memedihkan mata
2) mudah digunakan, hanya perlu goncangkan dan letakkan sedikit pada facial tissue. Kemudian, boleh terus sapukan pada kawasan yang dikehendaki.
3) boleh juga dijadikan pembersih kesan dakwat pen yang terkena pada kulit kita, beg tangan dan sebagainya
Semoga ulasan saya tentang produk ini dapat membantu kita yang masih tercari-cari makeup remover yang terbaik untuk digunakan. Jangan risau sebab ia memang sangat berbaloi. Harganya di bawah RM20 sahaja.

L’oreal Paris, Nanowhite, Safi Balqis Perfect 10

Teks: Azlina Zabha
Muka berminyak, berjerawat dan parut di muka akibat jerawat. Tiga faktor ini merupakan ciri-ciri kulit muka saya. Apabila saya memilih produk penjagaan wajah, saya akan peka dengan setiap perubahan yang berlaku selepas suatu tempoh saya menggunakannya.

Di sinilah pertemuan saya dengan L’Oreal White Perfect Transparent Rosy, NanoWhite, dan Safi Balqis Perfect 10. Sebenarnya memang saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan ketiga-tiga produk tersebut. Masing-masing ada kebaikan yang tersendiri.

Safi Balqis Perfect 10
Ia halal. Setelah dua minggu saya menggunakannya, kulit muka saya sudah bertukar menjadi cerah. Suami nampak sendiri perubahannya. Bekas jerawat juga semakin pudar. Tapi jodoh saya dengan produk ini tidak panjang. Blackhead di hidung tiba-tiba timbul. Tanda-tanda jerawat besar akan timbul di bahagian tepi hidung yang berdekatan dengan bawah mata. Saya jadi sangat risau sebab sebelum ini saya memang tiada blackhead. Jadi, maafkan saya Safi Balqis Perfect 10. Hubungan kita setakat dua minggu ini sahaja. Selamat tinggal.

Nanowhite
Produk ini dari Negara Jepun, tapi ia halal. Tiga bulan saya menggunakan produk ini. Lama juga tempoh saya menggunakan produk ini. Jerawat mudah timbul, tapi yang menariknya, ia juga mudah hilang. Apabila saya menggunakan toner, kesan kotor yang melekat di wajah mudah tertanggal. Tetapi, warna gelap bekas jerawat tubuh tidak hilang-hilang walau saya sudah menggunakannnya selama tiga bulan. Jadi, saya terpaksa mencari produk lain.

L’Oreal White Perfect Transparent Rosy
Saya terpaksa kembali menggunakan produk ini. Dulu memang saya setia dengan produk ini, iaitu sejak umur saya 19 tahun (2003). Sekarang umur saya sudah 29 tahun (2013). Saya berhenti sekejap menggunakannya bulan Julai 2013 yang lalu kerana tiba-tiba muka saya naik jerawat mendadak banyaknya. Mungkin saya yang salah sangka dengan produk tersebut. Kebetulan pada masa yang sama, saya dan keluarga sedang sibuk mengemas rumah untuk berpindah. Mungkin sebab habuk, muka saya berjerawat. Kebaikan menggunakan produk ini, muka saya bebas blackhead, dan kesan jerawat akan hilang dalam masa satu minggu.

Tentang status halal produk ini, memang ia tiada label halal. Namun, saya ada buat beberapa rujukan. Rujukan yang menyebabkan saya yakin untuk menggunakan produk ini, ialah menerusi laman Muslim Consumer Group . Dalam web tersebut mengatakan, selagi ia tiada kandungan Cochineal, ia adalah halal.

Ulasan tentang produk penjagaan muka di atas, adalah berdasarkan pandangan peribadi serta mengikut kesesuaian kulit muka saya. Mungkin ada sesetengan produk, tidak sesuai dengan kulit muka saya, tapi sesuai dengan kulit muka anda. Jadi tidak perlu risau, teruskan penggunaan produk yang anda sedang gunakan jika ia sesuai dengan kulit muka anda.

Mencipta Label Baru

Teks: Azlina Zabha

Hari ini saya terpanggil untuk menambah label di blog saya. Saya kategorikan label-label terkini ini dengan Kategori Ulasan. Buat masa ini, saya hanya membuat beberapa label yang terlintas dalam fikiran pada waktu ini.

Label-label ini diwujudkan atas dasar minat saya yang suka mengulas setiap benda yang saya pernah gunakan. Saya akan mengulas sejujurnya. InsyaAllah.
Semoga ia boleh jadi panduan kepada pengguna-pengguna yang lain. Kemungkinan besar saya bukan sahaja akan mengulas tentang sesuatu produk, saya suka juga untuk berkongsi rasa dengan pembaca blog saya jika saya makan di kedai-kedai makan yang sedap-sedap.
Tak sabar untuk saya berkongsi dengan pembaca semua tentang apa jua produk yang saya gunakan. Sampai jumpa lagi. 🙂