Eucerin Pro Acne Review

Teks : Azlina Zabha
Gambar : http://www.eucerin.com.my


Sepanjang tahun 2018 yang lalu, kulit muka saya breakout yang tahap tak pernahnya tiada jerawat pada setiap hari. Setiap kali baik satu jerawat, satu lagi jerawat lain akan mula tumbuh.

           Ada di kiri dan kanan pipi, ada juga di bawah bahagian bawah bibir, dan kadang-kadang hidung. Jadi saya buat keputusan untuk berpisah terus dengan skincare yang saya setia dengannya hampir 19 tahun. Jodoh dengan skincare yang lama mungkin setakat 19 tahun sahaja. Sudah tersurat di Loh Mahfuz.

            Oleh itu, perkenalkan skincare baru saya. Namanya Eucerin Pro Acne. Saya nekad pilih Eucerin sebab ada promoter yang pakai baju putih betul-betul pakar dengan produk Eucerin menerangkan tentang betapa bagusnya produk Eucerin. Mula-mula saya ingat saya pilih C******, tetapi sebelum saya burn kan duit saya pada skincare yang belum tentu sesuai dengan kulit muka saya, terus saya tanya adik Guardian’s Jusco Ayer Keroh, sama ada C******* ni sesuai tak dengan kulit muka yang berminyak dan berjerawat, dia buat raut wajah yang beri signal langsung tak sesuai. Dia syorkan Eucerin sambil tunjuk pada kakak cun promoter Eucerin.

            Apa yang boleh saya beri penerangan secara ringkas, Eucerin tiada Paraben, tiada alkohol, not a high risk product to try on. Tiga perkara ni buat saya benar-benar nekad untuk terus pakai Eucerin. Cukup tiga perkara. Padahal sebelum ni saya langsung tak pernah terfikir saya akan guna Eucerin. Seriously.

             Antara produk Eucerin yang saya beli tempoh hari ialah Cleanser PRO Acne, Toner Pro Acne, Pro Acne Solution (Krim Muka), Makeup Remover Eucerin (tidak memedihkan mata kecuali jika tuan puan sengaja masukkan dalam mata), Scrub Pro Acne. Buat masa ni, ni sahaja saya nekad beli. Semuanya memang keperluan, bukan kehendak.

               Semoga saya boleh setia dengan produk Eucerin dan semoga Eucerin paling bagus untuk saya. Amiin Ya Robb.

ikoko : Buanglah yang keruh, ambil yang jernih. 

Punca Muka Naik Jerawat

Teks : Azlina Zabha
Imej :

Ada banyak punca kenapa jerawat boleh tiba-tiba naik dengan sangat banyak di muka kita. Saya senaraikan beberapa punca yang boleh menyebabkan jerawat di muka.

  1. Hormon. 
  2. Allergik pada sesetengah makanan (kekacang, makanan laut, makanan manis) 
  3. Persekitaran yang kurang bersih. 
  4. Suka sentuh muka menggunakan jari tanpa lapik tisu. Jari kita paling banyak bakteria sebenarnya. Sebelum menyentuh muka, pastikan tangan sudah dibasuh terlebih dahulu. Alahai, elakkan teruslah sentuh kulit muka tu. Tengok di cermin sahajalah. 
  5. Tidak mengamalkan penggunaan tuala khas untuk muka sahaja. Main sapu muka guna tuala yang juga digunakan untuk lap badan, kaki, dan sebagainya. 
  6. Kandungan pada set penjagaan kulit kita mungkin tidak sesuai dengan kulit muka kita. 
  7. Kulit muka tidak dapat bernafas dengan baik.
  8. Tidak menukar bantal tidur setelah 5 tahun penggunaan. Bakteria beranak-pinak dalam bantal kesayangan lalu bakteria tu pun berjalan-jalan atas muka korang sambil shopping sakan. 🙈🙈🙈 Aiyokk tatayokk!
  9. Kulit muka sudah imun dengan set penjagaan kulit muka yang korang dah pakai sampai 19 tahun. Woww! Apa lagi, cari skincare lain pula, okey? Kadang-kadang kita tak perasan, tapi orang lain yang perasan tentang perubahan pada kulit muka kita.
  10. Tekanan. Bukan tekan tubi tau. Takyah stress lah. Buat sesuatu tu, ikut kemampuan kita. Chill sahaja. Fikir positif je, okey. Allah mesti mudahkan setiap jalan yang dia beri pada kita. So, smile always, okey? 
  11. Kurang tidur. Pastikan setiap hari kita cukup tidur. Berapa jam? 4 hingga 6 jam pun dah cukup. Jika 12 jam tidur tu, nanti pendek umur lak. 🤣🤣🤣 Acah je. 
Me : Muka saya sedang breakout sejak awal tahun 2018, jadi masuk tahun 2019 ni, saya nak free kan muka saya daripada sebarang skincare dan foundation atau loose powder ke, compact powder ke. So no for me for these 2 weeks. Saya sedang berfikir cara terbaik untuk rawat muka saya. Saya hanya pakai eyeliner, maskara dan juga lipstick sahaja sekarang. Bebaskan muka sekejap. 

Syampu Sesuai Untuk Rambut Gugur

Teks : Azlina Binti Zabha
Imej : Instagram Jihanmuse , Soukai ,  Rewardme , Social Mart

Emosi lelaki dan wanita berbeza. Tetapi masalah rambut gugur tetap akan berlaku pada kedua-dua jantina tersebut.

Sebelum ini, saya pernah ada masalah rambut gugur. Namun, sekarang saya sudah pun dapat mengatasinya setelah menggunakan pelbagai cara. Bukan tiada langsung rambut yang gugur, ada, tetapi dalam kuantiti yang normal. 

Sebelum saya mencari syampu yang sesuai untuk rambut gugur tersebut, saya mengkaji dulu punca rambut saya boleh gugur teruk. Sebenarnya, pada masa itu saya tidak sedar bahawa saya sedang hamil anak kedua. Adalah menjadi kebiasaan sesetengah ibu mengandung atau selepas bersalin mengalami masalah rambut gugur.
Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran yang mungkin kita boleh cuba. Walaubagaimanapun, pastikan kita peka dengan kesan yang kita akan dapat melalui pengambilan produk tersebut. Sama ada ia kesan yang positif ataupun sebaliknya.

Berikut merupakan produk yang kita boleh gunakan supaya rambut kita tidak gugur lagi :-

Rejoice Anti-Hairfall (boleh rujuk Tips Rambut Cantik Dengan Syampu dan Creambath oleh Azieazra kerana beliau penggemar Syampu Rejoice)

Apa yang saya suka tentang produk penjagaan rambut Rejoice ini adalah harganya yang berpatutan. Sekiranya produk ini sesuai dengan diri kita, teruskanlah. Saya masih ingat lagi semasa saya ditahan di wad dahulu (kes PP Type 1 to 2), syampu inilah menemani saya. Jangkaan saya meleset kerana syampu ini serasi dengan saya pada waktu itu.

Head & Shoulders’ Anti-Hairfall, pengguna lain yang turut menggunakan syampu ini ialah Kiran Raj Singh di link http://www.beautifulhameshablog.com/head-shoulders-anti-hairfall-shampoo-review/

Jenama Head & Shoulders’ ini tidak asing lagi bagi kami sekeluarga. Saya mengenalinya sejak saya sekolah menengah lagi, kira-kira 18 tahun yang dulu. Saya ingat lagi, waktu itu kami sekeluarga memakai Head & Shoulders’ jenis Silky Smooth. Sekarang, bila saya sudah berkeluarga, saya dan suami sukakan Head & Shoulders’ Anti-Dandruff ~ Cool Menthol. Rasa segar dan dingin.

New & Trendy , boleh baca blog Si Gadis Kidal di entri bertajuk Beauty Care. Dia suka betul dengan shampu jenama New & Trendy ni.

Saya sedang berjinak-jinak dengan jenama New & Trendy. Adik ipar yang perkenalkan. Lembut sangat rambut bila memakainya.

Selain itu, saya juga amalkan pengambilan suppliment jenama Shaklee. Vitamin C, Alfafa dan Vitalea ~ multivitamin, mengandungi pelbagai vitamin dalam satu tablet (sudah kehabisan stok, saya perlu cepat-cepat membelinya). Boleh lihat info lebih mengenai Vitalea di laman web Saadah Abd Talib .

Kita juga boleh ambil Virgin Coconut Oil (VCO) jenama Catalyst, Argan, (Premium Quality). Argan sangat bermanfaat untuk rambut kita. Ia dapat merawat rambut yang kering, juga dapat memperbaiki rambut kita yang seringkali gugur. Layari Instagram Ailana Catalyst untuk maklumat lanjut.

Set Bersalin Anugerah dan Placenta Previa Type 1 Anterior

Teks : Azlina Zabha
Gambar : Laman Web Set Bersalin Anugerah

Set Bersalin Anugerah

Hari ini, suami saya akan mencari set bersalin Anugerah ini untuk saya. Berkenan sungguh saya dengan Set Bersalin Anugerah ini. Cinta pandang pertama. Ini merupakan kali pertama saya membeli set bersalin sendiri. Jika anak pertama dulu, ibu mertua saya yang menguruskan bahan-bahan untuk saya gunakan semasa berpantang.

Harga untuk 1 Set Bersalin Anugerah seperti di dalam gambar di atas ialah RM199.00. Saya belum jumpa lagi harga yang lebih murah daripada harga tersebut. Mungkin saya tidak akan beli 1 set kerana saya bersalin nanti melalui pembedahan, jadi tidak semua yang terkandung dalam set bersalin tersebut boleh dipakai atau diambil oleh saya sepanjang tempoh berpantang.

Dalam Set Bersalin Anugerah ini, terdapat tujuh barangan. Hanya lima daripadanya sahaja yang benar-benar saya perlukan untuk saya berpantang nanti. Berikut adalah set yang saya maksudkan tersebut:-

(1)1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml
(2)1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml
(3)Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml
(4)Uncang Mandian Sauna Herba Anugerah
(5)1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml

Jika ada yang ingin mengetahui apa lagi dua jenis barang yang ada dalam Set Bersalin Anugerah ini, bolehlah melayari  Laman Web Set Bersalin Anugerah. Di situ ada diterangkan sekali khasiat bagi setiap jenis barangan di dalam set bersalin ini. Apa yang menariknya Set Bersalin Anugerah ini ialah, ia telah dibaca dengan 30juzuk Ayat Al-Quran serta bahan-bahan yang terkandung di dalamnya juga semuanya berkhasiat. Tidak mampu untuk saya ceritakannya satu persatu. Jadi apa kata kita klik sendiri pada link yang saya beri tersebut.

Mampukah saya bertahan dan bersabar menjalani tempoh berpantang? 
In Shaa Allah. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik. Emosi ibu berpantang lain ritmanya. Berpantang sendiri, lain rasanya. Berpantang di rumah ibu bapa sendiri, lain nadanya. Berpantang di rumah mertua, lain iramanya.

Minggu ini adalah minggu ke-35 usia bayi di dalam kandungan saya. Ketika saya menulis entri ini, saya masih ditahan di wad atas sebab Placenta Previa Type 1 Anterior, 2.83cm from os (uri bawah, sepatutnya kedudukannya di atas, bukannya bawah). Jika diikutkan, PP Type 1 tidak perlu ditahan di hospital. Namun, hari ini merupakan hari ke-9 saya ditahan di wad, iaitu sejak 13/3/2014 (Khamis).

Doktor menyatakan bahawa PP Type 1 juga ada banyak jenis. Saya sendiri tidak pasti saya Type 1 jenis yang mana satu. Bila ditanya kepada doktor, bila saya boleh discaj, beliau sering menerangkan yang jika berlaku tumpah darah, atau keluar darah sedikit pun, amat merbahaya untuk ibu dan bayi. Darah yang keluar pula tidak dapat dirasa oleh ibu, sebab tiba-tiba sahaja basah dan berdarah tanpa “signal”. Nauzubillahiminzalik.

Doakan saya selamat menjalani Caesarean Section (bersalin melalui pembedahan) pada 2/4/2014(Rabu) dengan jayanya. Mudah-mudahan saya boleh discaj pada 4/4/2014(Jumaat). Semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan saya dan bayi baik-baik sahaja, ya!

Rindu sangat pada rumah.
Rindu sangat pada suami.
Rindu sangat pada anak.

Ya Allah, tinggikanlah tahap kesabaran kami dan permudahkanlah segalanya.

Mencipta Label Baru

Teks: Azlina Zabha

Hari ini saya terpanggil untuk menambah label di blog saya. Saya kategorikan label-label terkini ini dengan Kategori Ulasan. Buat masa ini, saya hanya membuat beberapa label yang terlintas dalam fikiran pada waktu ini.

Label-label ini diwujudkan atas dasar minat saya yang suka mengulas setiap benda yang saya pernah gunakan. Saya akan mengulas sejujurnya. InsyaAllah.
Semoga ia boleh jadi panduan kepada pengguna-pengguna yang lain. Kemungkinan besar saya bukan sahaja akan mengulas tentang sesuatu produk, saya suka juga untuk berkongsi rasa dengan pembaca blog saya jika saya makan di kedai-kedai makan yang sedap-sedap.
Tak sabar untuk saya berkongsi dengan pembaca semua tentang apa jua produk yang saya gunakan. Sampai jumpa lagi. 🙂

Syampu Elak Rambut Gugur

Teks : Azlina Zabha
Rambut gugur. Tiada siapa pun suka perkara ini terjadi pada diri mereka, tidak kiralah kamu seorang lelaki mahupun seorang wanita.

Selebat mana pun rambut kamu, mesti kamu tetap tidak mahu ia gugur. Jika ia tidak dibendung, mungkin boleh jadi botak sana dan sini di kepala. Ini yang saya bimbangkan.

Sebelum ini saya mengalami masalah yang sama. Namun masa tu, saya tahu puncanya, iaitu saya selalu mengamalkan makan mi segera. Jadi saya berhenti makan makanan tersebut, dan menukar syampu kepada jenama Hair n Shoulder – Anti Hairfall. Alhamdulillah, rambut saya terus berhenti gugur.

Tapi itu adalah cerita dua tahun  yang lepas, akhir tahun 2011; iaitu selepas melahirkan anak. Pada masa itu, saya tinggal dengan Fatimah & Kak Diana. Hidup berjauhan dengan suami masa itu. Jadi saya makan sahaja apa yang murah dan mudah disediakan.

Namun sekarang, masalah rambut gugur itu kembali lagi. Sekarang lagi hebat. Saya tak tahu apa puncanya. Hampir sebulan lebih saya mengalami masalah ini. Benar-benar buat saya tidak puas hati. Adakah sebab saya tukar jenis syampu, iaitu Syampu CLEAR – Anti Hairfall?

Tapi saya sudahpun tukar kepada Head N Shoulder – Anti Hairfall; saya gandingkan dengan perapi (conditioner) sekali. Tapi ia tetap gugur dan makin hebat.

Saya tukar lagi syampu saya kepada jenama Sunsilk – Anti Hairfall. Tetap sama. Ia tetap tidak berhenti gugur. Sabar je lah.

Mungkin saya perlu cuba Pantene – Anti Hairfall. Atau Rejoice? Oh tidak. Rambut saya tak serasi dengan Rejoice sebab ia akan membuatkan rambut saya kering dan berkelemumur.

Hmmm… L’oreal Paris? The Herbs? Himalaya?

Adakah saya patut guna cara tradisional? Santan letak dirambut dan biarkan seketika, kemudian bilas. Cara lain, gunakan aloe vera. Minyak zaitun?

Ok. Buntu sekejap. Ada sesiapa yang boleh berikan saranan?