Syampu Sesuai Untuk Rambut Gugur

Teks : Azlina Binti Zabha
Imej : Instagram Jihanmuse , Soukai ,  Rewardme , Social Mart

Emosi lelaki dan wanita berbeza. Tetapi masalah rambut gugur tetap akan berlaku pada kedua-dua jantina tersebut.

Sebelum ini, saya pernah ada masalah rambut gugur. Namun, sekarang saya sudah pun dapat mengatasinya setelah menggunakan pelbagai cara. Bukan tiada langsung rambut yang gugur, ada, tetapi dalam kuantiti yang normal. 

Sebelum saya mencari syampu yang sesuai untuk rambut gugur tersebut, saya mengkaji dulu punca rambut saya boleh gugur teruk. Sebenarnya, pada masa itu saya tidak sedar bahawa saya sedang hamil anak kedua. Adalah menjadi kebiasaan sesetengah ibu mengandung atau selepas bersalin mengalami masalah rambut gugur.
Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran yang mungkin kita boleh cuba. Walaubagaimanapun, pastikan kita peka dengan kesan yang kita akan dapat melalui pengambilan produk tersebut. Sama ada ia kesan yang positif ataupun sebaliknya.

Berikut merupakan produk yang kita boleh gunakan supaya rambut kita tidak gugur lagi :-

Rejoice Anti-Hairfall (boleh rujuk Tips Rambut Cantik Dengan Syampu dan Creambath oleh Azieazra kerana beliau penggemar Syampu Rejoice)

Apa yang saya suka tentang produk penjagaan rambut Rejoice ini adalah harganya yang berpatutan. Sekiranya produk ini sesuai dengan diri kita, teruskanlah. Saya masih ingat lagi semasa saya ditahan di wad dahulu (kes PP Type 1 to 2), syampu inilah menemani saya. Jangkaan saya meleset kerana syampu ini serasi dengan saya pada waktu itu.

Head & Shoulders’ Anti-Hairfall, pengguna lain yang turut menggunakan syampu ini ialah Kiran Raj Singh di link http://www.beautifulhameshablog.com/head-shoulders-anti-hairfall-shampoo-review/

Jenama Head & Shoulders’ ini tidak asing lagi bagi kami sekeluarga. Saya mengenalinya sejak saya sekolah menengah lagi, kira-kira 18 tahun yang dulu. Saya ingat lagi, waktu itu kami sekeluarga memakai Head & Shoulders’ jenis Silky Smooth. Sekarang, bila saya sudah berkeluarga, saya dan suami sukakan Head & Shoulders’ Anti-Dandruff ~ Cool Menthol. Rasa segar dan dingin.

New & Trendy , boleh baca blog Si Gadis Kidal di entri bertajuk Beauty Care. Dia suka betul dengan shampu jenama New & Trendy ni.

Saya sedang berjinak-jinak dengan jenama New & Trendy. Adik ipar yang perkenalkan. Lembut sangat rambut bila memakainya.

Selain itu, saya juga amalkan pengambilan suppliment jenama Shaklee. Vitamin C, Alfafa dan Vitalea ~ multivitamin, mengandungi pelbagai vitamin dalam satu tablet (sudah kehabisan stok, saya perlu cepat-cepat membelinya). Boleh lihat info lebih mengenai Vitalea di laman web Saadah Abd Talib .

Kita juga boleh ambil Virgin Coconut Oil (VCO) jenama Catalyst, Argan, (Premium Quality). Argan sangat bermanfaat untuk rambut kita. Ia dapat merawat rambut yang kering, juga dapat memperbaiki rambut kita yang seringkali gugur. Layari Instagram Ailana Catalyst untuk maklumat lanjut.

Latihan Carian 40 Kata Carian Google

Teks : Azlina Binti Zabha
Imej : Haenim Play Yard 4 Panel

Ini teks kedua saya pada tahun 2015 ini. Ikutkan hati, saya sudah tidak mahu lagi meneruskan blog ini. Rasa sukar untuk meneruskannya atas sebab-sebab tertentu. Namun, saya kena kuat semangat. Bila sudah mula, saya kena teruskan, dan berusaha untuk konsisten dalam menulis. Menulis dan terus menulis. Menulis dengan berfokus.

Bila lihat gambar ini, mengingatkan saya supaya menulis perlu berfokus.

Alhamdulillah. Sifu Masayu Ahmad sedarkan saya semula tentang tujuan saya menulis blog ini. Terima kasih kakak sifu. Tajuk di atas ini, iaitu “Latihan Carian 40 Kata Carian Google” merupakan salah satu tugasan yang perlu saya buat atas saranan beliau.

Sejak tahun 2013 saya mula berkecimpung secara serius dalam bidang penulisan blog ini. Saya mengambil langkah menyertai Kelas Asas Bina Blog. Banyak tips yang dipelajari setelah saya membaca ebook Belajar Asas Blog yang disertakan.


Boleh layari laman web Sifu Masayu Ahmad di http://www.masayuahmad.com atau layari http://ebookasasblog.blogspot.com/  .

Antara tips daripada ebook tersebut ialah, bina tajuk berdasarkan carian google popular. Contoh, saya ingin menceritakan tentang Syampu Terbaik Untuk Rambut Gugur. Jadi, saya perlu:-

1) Layari http://www.google.com .

2) Taip perkataan “syampu terbaik” dahulu dan lihat keywords atau carian kata yang tersenarai. Lihat pada gambar.

3) Buat entri berpandukan kata carian tersebut.

Berikut merupakan senarai kata carian yang menyebabkan orang membaca blog saya. Statistik google ini saya dapat melalui konfigurasi yang terdapat dalam Blogger.com yang saya sedang gunakan.

Lihat kata carian yang terakhir, iaitu “Kesan Rejoice Hair Fall”. Apabila saya guna kata carian tersebut di enjin carian Google, blog saya di tempat ketiga, pada tajuk entri “Syampu Elak Rambut Gugur”, (http://azlinazabha.blogspot.com/2013/07/syampu-elak-rambut-gugur.html ), di muka surat satu hasil carian. Alhamdulillah. Syukur. Saya perlu belajar, belajar dan terus belajar.

Jadi saya hendaklah mencari lagi 39 kata carian yang membawa kepada pautan dalam blog saya. Suatu cabaran buat saya sebab sejak kebelakangan ini, entri saya agak kurang berfokus. Jadi, sekarang saya perlu lakukan comebacks . Ambil sedikit masa daripada 24 jam waktu yang Allah beri dalam sehari.

Ada sesiapa lagi yang mahu tips-tips berguna untuk menulis blog dengan betul dan bermanfaat? Belajarlah bersama kami. Boleh menghubungi Sifu Masayu Ahmad.

Lapan Gelas Air Sehari

Teks : Azlina Binti Zabha
Imej : 

1) TIPS BERPUASA : CARA MINUM AIR MASAK DI BULAN RAMADHAN
2) Fungsi Minum Air Kosong

Lapan gelas air sehari.
Lapan gelas air sehari.
Lapan gelas air sehari.

Hati saya selalu sahaja ingin minum air kosong, lapan gelas sehari. Kadang-kadang, sudah tengah malam, baru saya ingat yang saya masih belum minum air kosong sepanjang hari, Lebih-lebih lagi waktu bulan Ramadhan tempoh hari, air manis sahaja yang saya minum.

Bila tak biasa, saya merasakan minum air kosong itu suatu perkara yang sangat membebankan. Namun, hari ini terlintas di fikiran saya, bagaimana ingin membina tabiat suka minum air kosong. Terlebih dahulu, di bawah ini saya taipkan keratan teks yang dibuat oleh “Cahaya Putih”.

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.                 (oleh Cahaya Putih pada teks yang bertajuk Kebaikan dan Kelebihan Air Masak – Air Mineral) 

Itu adalah salah satu kepentingan air kosong. Tapi, apakah cara yang boleh kita amalkan agar tidak rasa sukar untuk minum air kosong? Berikut merupakan beberapa cara yang ingin saya kongsikan. Selepas ini, bolehlah kita sama-sama mengamalkannya.

1. Gantikan perasaan minum air manis kepada minum air kosong.

2. Gantikan perasaan lapar dengan minum air kosong

3. Sediakan air kosong di dalam botol dan bawa sahaja ke mana-mana.

4. Cabar diri minum lapan gelas air sehari selama 40 hari. Tanpa henti.

5. Minum air kosong secara berjadual.

Jika kita perhatikan, secara tidak langsung, kita akan minum mungkin lebih daripada lapan gelas air sehari. Semoga kelima-lima cara ini dapat membantu kita semua menerapkan amalan minum air kosong sebanyak lapan gelas atau lebih sehari.

Eyeliner Terbaik

Teks : Azlina Zabha
Imej :
1) Easy Cat Eyeliner Tutorial oleh Cynthia Z dari http://www.indianvanitycase.com/
2) Simply Elegant Liquid Eyeliner oleh Simplysiti dari http://simplysiti.com.my/ 

Cara mudah untuk membuat “cat eyeliner”

Perkara pertama yang saya akan buat bila ingin keluar ke rumah bersama keluarga ialah menyiapkan diri sendiri dahulu. Kemudian, baru saya menyiapkan anak-anak dan perkara-perkara lain. Selalunya saya akan peruntukkan masa selama satu jam untuk diri sendiri.
Mengapa satu jam? Ini termasuk waktu saya ingin menggosok tudung dan baju (jika perlu). Mandi, solat dan bersolek. Namun, tidak setiap waktu saya berkesempatan meluangkan masa selama satu jam untuk itu semua. Tertakluk kepada mana yang lebih utama. Solat, mandi & bersolek secara ringkas. Bak kata suami, “lite makeup”.
Sebenarnya saya kurang arif dengan apa yang dimaksudkan suami. Mungkin dia mahu saya segera bersiap. Baiklah, boleh sahaja. Capai penggaris mata ataupun dalam Bahasa Inggeris, “eyeliner”, kemudian cepat-cepat buat cat eyeliner. Imej di atas menunjukkan cara mudah untuk membuat cat eyeliner.

Simply Eligant Liquid Eyeliner (Simpysiti)

Simply Eligant Liquid Eyeliner , merupakan salah satu produk keluaran Simplysiti. Bronze Collection. Sebelum saya benar-benar membeli penggaris mata keluaran Simplysiti ini, saya telah pun membuat perbandingan dengan penggaris mata daripada jenis produk yang lain dari segi jumlah isi kandungannya. Harganya adalah sangat berbaloi dengan kualiti yang saya dapat.

Kerja saya memakan masa selama tujuh hingga 11 jam. Namun bila masuk jam yang kelima, saya selalu ada masalah dengan penggaris mata yang saya pakai sejak awal pagi sebelum pergi ke kerja. Waktu itu sudah masuk waktu tengah hari. Baru saya berkesempatan tengok sendiri muka di cermin. Memang betul-betul comot di bahagian mata. Kadang-kadang rasa menyesal tidak membelek wajah sekali-sekala semasa bekerja, tetapi kerja saya memerlukan saya fokus 200%. Mana mungkin saya sempat melihat waja sendiri di cermin.

Jadi saya pilih untuk cari penggaris mata terbaik sehingga saya menjumpai Simply Elegant Liquid Eyeliner. Bila saya ingin membersihkannya juga mudah. Hanya perlukan cecair pembersih penggaris mata, dan membersihkannya. Tiada lagi masalah susah membersihkan makeup. Senang urusan harian. Saya tidak serik membelinya dan akan terus membelinya. Selepas ini mungkin saya akan mencuba  makeup keluaran Simplysiti yang lain pula. Ada orang khabarkan kepada saya yang rata-rata keluarannya bagus-bagus. Saya sangat teruja untuk mencubanya. In Shaa Allah

Bisik-bisik : Ini adalah entri saya yang ke-41. Alhamdulillah. Lagi sikit sahaja untuk cukupkan 44 entiri. Syukur. Terima kasih Allah kerana memberi saya idea untuk menulis.

Nilai Positif

Teks : Azlina Zabha
Imej : Diambil dari http://fatinnur-afiqrosdi.blogspot.com/2013/04/plkn-bahagian-1.html

Blog. Seronok bila membaca sesuatu yang positif. Hari ini saya ingin meletakkan diri saya sebagai seorang pembaca blog.

Apa sebenarnya perasaan saya apabila membaca sesuatu blog? Apa yang saya cari? Mengapa saya perlu menerapkan rasa seronok bila membaca blog?

Mengapa saya bertanya soalan-soalan begitu?
Itu apa yang ada jauh di sudut hati rata-rata penulis blog terhadap pembacanya. Ia seperti suatu kepuasan. Jika saya sendiri melakukan blogwalking/bloghopping atau dalam bahasa lainnya, melakukan kunjungan ke blog lain, mata saya akan automatik berhenti dan tekun membaca blog yang penuh nilai-nilai positif dan bila membacanya, makin lama makin saya suka membacanya, malah ingin terus membaca ke entri-entri seterusnya di dalam blog itu.

Apakah mendorong saya membaca sesuatu blog?
Bergantung kepada apa yang saya cari dan jumpa di enjin pencarian (google, yahoo, dan sebagainya). Mana yang menggunakan tajuk-tajuk yang menarik, saya akan klik dulu. Bila maklumat yang saya perlukan sudah saya jumpai di mana-mana blog, saya akan menjelajah pula maklumat lain yang menarik dan menyeronokkan.

Saya bersyukur diberi peluang untuk menyertai kelas Belajar Asas Blog bersama bekas guru saya Puan Khairunnisa Hamzahara yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad. Dalam ebook yang ditulis oleh Puan Masayu Ahmad, ada mengatakan yang kita perlu menulis hanya yang positif. Saya pegang kata-kata itu.

Belajar untuk jadi orang yang positif.

Resepi Pavlova Paling Senang

Teks : Azlina Zabha
Imej : Diambil dari http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/resepi-pavlova-dan-tutorial.html pada jam 8.29am, 20Julai2014

Pavlova. Dengar sahaja kek pavlova, saya sudah dapat membayangkan rasa meringe pada keknya yang rangup. Manis-manis rangup yang disulam dengan rasa fresh cream serta buah-buahan masam di atasnya.

Mula mengenalinya sejak ia menjadi kegilaan ramai dan seperti trend pada masa itu. Saya kurang pasti pada tahun berapa, tapi ia telah menjadi trend sebelum tahun 2014 lagi. Di mana-mana sahaja ia menjadi sebutan dan tempahan kek pavlova pada yang menjual homemade cake mencanak-canak tempahannya.

Saya tidak mahu copy paste di sini resepinya, jadi, pergilah ke pautan di bawah ini untuk membaca resepi pavlova yang saya katakan paling sedap itu. Sudah disiapkan dengan tutorial satu persatu.

http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/resepi-pavlova-dan-tutorial.html

Siapa Pegawai dan Penyelia untuk Akaun Pinjaman PTPTN Kita?

Teks : Azlina Zabha
Imej : Diambil dari pautan http://www.gerbangkerjaya.com/jawatan-kosong-di-ptptn/ pada 6.25am, 20Julai2014.

PTPTN. Belajar di mana pun kita, jawatan apa pun kita sekarang ini, bayaran balik pinjaman PTPTN janganlah dilupakan. Bila kita sudah meminjam, maka, kenalah membayar balik wang yang dipinjam walau pinjaman kita sudah diinsuranskan.

Sepanjang perjalanan saya sebagai seorang pelajar di dua buah institusi, saya akui saya memang menggunakan pinjaman PTPTN. Wang yang masuk ke akaun saya dari PTPTN tidak pernah gagal. Masuk dengan lancar, jadi bila saya ingin menggunakannya untuk keperluan juga tiada masalah.

Pada pagi yang sejuk ini, baru saya terjumpa satu pautan yang di mana, di situ, kita boleh tahu siapakah pegawai dan penyelia bagi akaun pinjaman PTPTN kita. Masing-masing di antara kita yang ada membuat pinjaman PTPTN ada pegawai dan penyelia sendiri.

Pautannya adalah seperti berikut.

http://eform.ptptn.gov.my/ptj/semakan-ptj.cfm

Semoga maklumat ini dapat membantu kita berurusan dengan PTPTN untuk pembayaran balik pinjaman kita.

Resepi Oat Choco

Teks : Azlina Zabha
Imej : nasaoji dari entrinya bertajuk Oat Choco Brand Twinfish

Oat Choco adalah sejenis makanan yang berasaskan oat, dan sudah tentu ia mempunya serat yang tinggi. Coklat putih yang menyalutinya tidak berapa manis, dan sesuai untuk pengambilan pada waktu kita lapar. Cukup untuk mengenyangkan kita pada masa tersebut.

Saya bukan penggemar oat. Tetapi, bila saya makan sahaja Oat Choco, saya jadi suka untuk makan berkali-kali. Kedua-dua mertua saya juga menggemarinya. Pada saya, ia amat sesuai kepada yang ingin menjaga kesihatan dan sangat titik beratkan diet dalam pemakanan seharian.

Sekarang sudah 18 Julai 2014, ini bermaksud lagi 10 hari kita akan menyambut Aidilfitri. Ramadhan pula akan melabuhkan tirainya, kedengaran amat sedih. Apa kata jika ada masa lebih, kita buat Oat Choco sendiri sambil berzikir dan berselawat. Boleh buat kudapan pada waktu malam, dan boleh juga dijadikan biskut sihat untuk tetamu yang datang ke rumah.

Bahan-Bahan :
-100 gram Nestum
-100 gram Quakeroat
-50 gram Beryls White Compound / Coklat Compound Putih 

Cara-Cara :
1. Sediakn oat dan nestum sama banyak
2. Cairkn coklat putih secara double boiler atau kukus
3. Satukan nestum dan oat
4. Tuangkn coklat
5. Gaul pakai sudu kayu sehingga sebati
6. Ratakn adunan dalam  loyang yg d lapik plastik 
7. Sejukkan dalam freezer dlm 3-5minit 
8. Keluarkan dan potong. 
(diambil dari blog Emas Putih di pautan 

Selamat mencuba!   

Outstanding Balance Statement Balance

Teks : Azlina Zabha
Imej : Malaysia Credit Card BasicsAmerican Express Logo , Credit Cultures : Incentivizing Greed and IrrensponsibilityMaybank2uMaybank2u Android ApplicationForum Lowyat : [WTA: Credit Card Statement/Outstanding Balance & others

Kad kredit sudah tidak asing lagi penggunaannya pada zaman sekarang ini. Hak untuk memilikinya adalah suatu pilihan, tetapi penggunaannya adalah suatu kemestian. Malah ia telah menjadi suatu keperluan, bukan lagi kehendak.

Keperluan di waktu terdesak
Kita memerlukan sejumlah wang sebagai deposit untuk membolehkan kita masuk ke dalam wad di mana-mana hospital pakar swasta. Jika kita ada medical card, hanya memerlukan bayaran serendah RM350 (ikut kehendak hospital) berbanding dengan jika kita tidak mempunyai medical card, wang deposit yang diperlukan paling minima, RM1500. Saat inilah kita akan rasa kad kredit benar-benar diperlukan. Mungkin juga kita merasakan kita ingin bersalin di hospital pakar swasta. Gunakanlah kad kredit selain simpanan.

Selain hospital, di mana lagi kita sangat memerlukan kad kredit?
Minyak kereta perlu diisi dan tidak boleh tidak. Jika tidak, bagaimana kita ingin bergerak ke sana sini untuk mencari rezeki dan menjalankan tanggungjawab kita. Walaupun kita boleh membuat permohonan untuk tuntutan perjalanan di syarikat kita bekerja, kita tetap perlu mengisi minyak kereta dengan menggunakan wang kita sendiri. Jadi, gunakanlah kad kredit.

Siapa yang sangat memerlukan kad kredit?
Siapa yang rasa dia sangat perlukan kad kredit untuk segala keperluan, tetapi bukan kehendak atau bukan juga untuk suka-suka.

Bila kita sangat memerlukan kad kredit?
Bila tiba masanya. Hanya kita yang tahu, bila masa paling sesuai untuk kita ada kad kredit. Mungkin satu pun sudah cukup.

Apa itu Outstanding Balance dan Statement Balance?
Ayat di dalam gambar di atas, adalah ayat yang selalu saya rujuk setiap kali saya ingin membayar hutang kad kredit saya. Saya taip semula di sini, ok?

“Statement Balance is the amount that you owe the bank on the previous statement.. what you have to worry about is the Outstanding Balance, that is how much you’re currently owing to the bank..

If you don’t pay the Minimum Amount, they’ll charge you another percentage of interest as Late Payment.. so.. better at least pay the minimum amount lah.. ” (oleh ah_chak daripada forum Lowyat.net di pautan https://forum.lowyat.net/topic/535624/all diambil pada 11Ogos2014)


Cara membayar kad kredit
Ada banyak cara. Antaranya:-
1) Bayar tiga kali ganda daripada jumlah minima yang perlu dibayar
2) Bayar lebih daripada bayaran minima
3) Buat pembiayaan peribadi dan langsaikan semua hutang kad kredit, kemudian bekukan penggunaannya atau potong sahaja kad kredit tersebut. Hehe. Ini bagi sesiapa yang rasa dia sudah tidak perlukan kad kredit langsung.

Berusahalah untuk membayar hutang kad kredit,dan elakkan daripada penggunaan yang sehingga mencecah tahap maksima kecuali waktu kecemasan dan tiada cara lain. Kad kredit ialah suatu kemudahan, bukannya sesuatu yang menyusahkan kita. Positifkan diri yang kita mampu membayarnya semula. Penyesalan hanya akan membuatkan kita stress. Jangan risau, jika kita layak memilikinya, ini bermaksud, kita mampu membayarnya. Jadi, berusahalah!

Hubungi Encik Khairi Shah 0197700802 atau di https://www.facebook.com/khairishahprudential untuk maklumat lanjut tentang medical card ataupun apa-apa tentang insurans.

Kedai Instagram

Teks : Azlina Zabha
Imej : 5 Most Effective Ways to Increase Followers on Instagram, Article Winter

Kedai Instagram. Makin hari makin suka saya membelek aplikasi Instagram. Ada kedai perfume gred AAA Dubai, kedai tudung, kedai cadar partchwork, kedai roti dan kek, kedai gadget murah, kedai barangan untuk bayi dan kanak-kanak, dan ada juga kedai menjual baju kurung cantik untuk ibu yang menyusukan anak.

Kenapa saya rasa ia menarik?
Aplikasi Instagram adalah aplikasi paling mudah untuk digunakan. Bersifat tiada paksaan, malah saya berpendapat ia juga salah satu medium terbaik untuk mempromosi sesuatu. Kebanyakan kedai instagram akan meletakkan hashtag (#) yang memudahkan bakal pelanggannya membuat carian di Instagram. Antaranya #sayajual adalah hashtag terbaik untuk mana-mana penjual di Instagram.

Siapakan sasaran pelanggan di Instagram?
Sasaran utama untuk penjual atau jurujual di kedai Instagram, ialah sesiapa sahaja yang rajin membelek Instagram. Siapa? Siapa sahaja yang merasakan Instagram itu menyeronokkan. Bukan golongan remaja atau dewasa sahaja. Malah skopnya lebih luas.

Waktu kedai-kedai di Instgram beroperasi
Kedai Instagram selalunya beroperasi 24 jam. Seronok, kan? Ada masanya, serta merta tuan kedai akan menjawab soalan kita. Pernah beberapa kali, pemilik kedai instagram menjawab pertanyaan saya waktu pagi buta, pukul 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Saya menganggapnya sangat bekerja keras dalam berniaga serta secara tidak langsung dapat menjaga hubungan baik antara pekedai dan pembeli.

Pemilihan Kedai Instagram
Jika saya, saya akan pilih kedai Instagram yang barangannya murah-murah tapi berkualiti. Sama sahaja seperti di luar sana. Semestinya juga kita memilih kedai yang bagus layanan pekadainya dengan pembeli. Imej yang digunakan di Instagram haruslah menarik dan cantik. Malah kadang-kadang saya sampai tidak menyangka, ada sesetengah Instagram menyediakan gambar yang cantik-cantik, tetapi harganya sangat berpatutan. Terlampau murah.

Jom membeli-belah di Instagram. 🙂 Bulan Ramadhan mesti ramai yang menjual barangan sambil mengumpul pahala dengan memberi harga jualan runtuh untuk beberapa hari atau beberapa jam, membeli sambil menyumbang, dan mungkin juga akan memberi barangan percuma kepada pelanggannya yang setia.